Pengendali dapur pusat khusus untuk kedai serbaneka FamilyMart yang berpangkalan di Jepun, QL Kitchen Sdn Bhd, telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pada hari Khamis lalu, 16 Mei, kira-kira 108 produk makanan sedia dimakan jenama FamilyMart kini telah didaftarkan halal.

Jireh Consult

Dalam kenyataan syarikat itu, dengan mendapat sijil halal ini, ia akan meningkatkan tahap keyakinan pelanggan Islam untuk membeli hidangan sedia dimakan seperti onigiri, bento, sandwich dan produk bakeri, serta ais krim lembut yang ditawarkan kedai itu.

Senarainya akan ditambah berikutan FamilyMart akan terus membangunkan produk makanan dan minuman halal baharu untuk pelanggan sebagai sebahagian konsep kedai serbanekanya

NSTOnline|YouTube

Sementara itu, sijil halal tersebut diperoleh berkebetulan dengan pembukaan kedai ke-100 FamilyMart Malaysia di Jonker Street, Melaka.

Ia merupakan kedai pertama dibuka di negeri itu dan yang kesembilan di luar Lembah Klang. Lapan lagi kedai di luar Lembah Klang terletak di Johor.

QL Resources merupakan pemegang perjanjian kawasan francais bagi kedai serbaneka FamilyMart di Malaysia menerusi Maxincome Resources.

Sumber: BERNAMA

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular