Baru-baru ini, seorang ibu telah memaksa krew penerbangan sebuah pesawat ke Shanghai daripada menutup pintu dengan duduk serta berbaring di ‘aerobridge’ yang menghubungkan pesawat itu ke terminal lapangan terbang.

Situasi itu membuat kesemua 160 penumpang lain turut terpaksa menunggu anak perempuannya yang sedang menyelesaikan urusan membeli-belah di gedung bebas cukai lapangan terbang.

Insiden ini telah berlaku di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Thailand pada hari Rabu, 15 Mei.

Penumpang penerbangan warganegara China ini telah menghalang krew penerbangan daripada menutup pintu pesawat yang perlu berlepas mengikut jadual menyebabkan penumpang lain telah terperangkap di dalam pesawat tersebut.

Satu rakaman video yang disiarkan oleh seorang saksi menunjukkan ibu ini sedang duduk di ‘aerobridge’ itu.

YouTube/Bangkok Post

Pesawat ini dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang murah dari China, Spring Airlines yang dijadualkan berlepas pada jam 3.30 pagi dari Bangkok.

Rakaman kejadian telah dimuat naik di platform video pendek China, Douyin.

Bangkok Post melaporkan, rakaman video tersebut menunjukkan seorang pegawai penerbangan sedang bercakap dengan wanita itu dan cuba menjelaskan kepadanya mengapa tindakan mementingkan diri itu adalah salah ketika dia berbaring di ‘aerobridge’.

YouTube/Bangkok Post

Tindakan ibu ini telah menangguhkan penerbangan yang mengambil masa selama empat jam ke Shanghai itu selama 30 minit.

Daily Mail melaporkan jurucakap bagi pihak Spring Airlines telah mengesahkan kejadian tersebut, dengan mengatakan wanita ini begitu emosional ketika cuba menghalang krew dari menutup pintu pesawat.

Laporan menyebut, “Penumpang lain mendakwa penumpang yang didakwa sebagai anak perempuan kepada ibu ini turut memanggil polis lapangan terbang bagi menuntut penerbangan itu ditangguhkan.”

Jurucakap syarikat penerbangan dalam kenyataan mereka berkata, “Anak perempuan itu didakwa memberitahu polis bahawa dia telah mendaftar masuk dua bagasi dan bagasi kabin berada di dalam pesawat melalui ibunya.”

Pesawat itu akhirnya berlepas ke Shanghai kira-kira 30 minit kemudian selepas insiden, sebaik sahaja ibu dan anak perempuan ini bersetuju untuk beralih ke penerbangan lain selepas penumpang berasa amat terkejut dan menuntut penyelesaian daripada krew penerbangan.

Lihat rakaman video di bawah:

Aaron/YouTube

Sumber : Bangkok Post, SAYS

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular