Tidak dinafikan seorang guru memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan pandangan seseorang kepada dunia. Kita semua mengetahui bahawa majoriti guru akan berusaha sedaya upaya dengan cara mereka untuk memberikan para pelajar dengan pendidikan terbaik, tetapi mungkin ramai di antara kita tidak menyedari betapa mencabarnya tugas tersebut.

Seorang guru di Sekolah Kebangsaan Runchang di Pahang telah mencabar dirinya sendiri dalam mengajar subjek Bahasa Inggeris kepada anak-anak Orang Asli dan membuktikan bahawa banyak perkara hebat boleh dicapai apabila anda menggabungkan semangat dan dedikasi yang kuat.

Mohd Fadli Salleh/Facebook

Cikgu Samuel Isaah telah berjaya mengubah pemikiran anak-anak Orang Asli daripada tidak berminat dalam mempelajari subjek Bahasa Inggeris sehingga mencapai hasil yang baik untuk subjek itu. Ketika ditanya tentang mengapa beliau sanggup untuk mengejar para pelajarnya, katanya :

“Saya sedar saya perlu mengubah lebih daripada sekadar latihan kelas saya. Infrastruktur fizikal, persekitaran yang menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris, modul ciptaan sendiri dan buku yang memenuhi keperluan khusus mereka, menilai mereka untuk belajar dan bukannya untuk peperiksaan, dan akhirnya dapat memandu mereka dengan kebolehan untuk mencintai dan mendakap pembelajaran yang cukup bermakna. Mengapa? Mereka adalah seperti anak-anak saya, dan saya hanya seorang bapa yang sanggup meluangkan masa yang panjang untuk anak-anak.”

Mohd Fadli Salleh/Facebook

Kisah Cikgu Samuel telah dikongsi oleh guru lain, Cikgu Mohd Fadli Salleh di Facebook supaya semua orang boleh mendapat ilham dengan pendekatan Cikgu Samuel yang unik dan berkesan.

Apabila Cikgu Samuel pertama kali mula mengajar di sekolah, beliau diberitahu bahawa tidak perlu melakukan terlalu banyak usaha dan masa kerana para pelajarnya adalah anak-anak Orang Asli yang kebanyakan mereka tidak berminat untuk belajar.

Terkejut dengan kenyataan itu, Cikgu Samuel mencabar dirinya sendiri untuk merubah persepsi semua orang terhadap anak-anak yang berpotensi ini. Beliau kemudian menyedari bahawa ia adalah tugas yang sukar terutama untuk membolehkan mereka menggunakan Bahasa Inggeris secara harian dan kerap. Tambahan pula, kehadiran para pelajar ke kelas adalah amat lemah.

Mohd Fadli Salleh/Facebook

Jadi apa yang Cikgu Samuel telah lakukan?

Pertama sekali, beliau mencipta persekitaran kelas yang menyeronokkan dengan menggunakan alat muzik sebagai sebahagian daripada kaedah pembelajaran Bahasa Inggeris supaya murid-muridnya secara tidak langsung dapat mempelajari bahasa dengan seronok semasa berbuat demikian. Di samping itu, Cikgu Samuel juga berjaya mengumpul dana untuk memastikan semua murid mendapat instrumen mereka sendiri.

Impian Cikgu Samuel memberi anak-anak muridnya dengan kemudahan yang setanding dengan sekolah-sekolah di bandar dan antarabangsa akhirnya tercapai. Melalui dana yang dikumpulkan melalui Give.my, Cikgu Samuel berjaya mewujudkan bilik darjah moden pada tahun 2015, di mana setiap murid mendapat tablet dan komputer. Bilik darjah mereka juga dilengkapi dengan sistem PA dan projektor LCD.

Mohd Fadli Salleh/Facebook

Langkah ini mendapat cukup perhatian dan penghormatan orang ramai. Sehinggakan artis tempatan terkenal, Altimet mempromosikan usaha ini sebagai menunjukkan tanda sokongan.

Satu lagi inisiatif Cikgu Samuel ialah dengan menubuhkan projek pertukaran emel antarabangsa bernama ‘Asli E-Pal’. Projek ini memberi peluang kepada semua pelajarnya untuk berkomunikasi melalui emel bersama sukarelawan dari seluruh dunia dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Peluang yang membolehkan mereka untuk terus belajar memperbaiki Bahasa Inggeris masing-masing.

Cikgu Samuel menyedari bahawa beberapa anak Orang Asli masih lemah dan jauh ketinggalan ke belakang walaupun begitu banyak perkara telah dilakukan untuk menarik mereka ke sekolah. Oleh itu, Cikgu Samuel memperkenalkan Sekolah Pokok di mana beliau telah pergi ke kampung dan mengajar mereka di bawah pokok. Perlu diingat bahawa beliau mengorbankan masa hujung minggunya untuk berbuat demikian. Bermula dengan 10 orang pelajar, saiz kelas tersebut telah meningkat dengan mendadak kepada 50 orang pelajar.

Mohd Fadli Salleh/Facebook

Kelasnya kini penuh dengan hilai ketawa, muzik, puisi, dan teknologi. Satu persekitaran yang kondusif untuk memotivasi anak-anak Orang Asli untuk terus jatuh cinta dengan pendidikan dan subjek Bahasa Inggeris. Cikgu Samuel telah berjaya memecahkan stereotaip dan membuktikan bahawa dengan pendekatan yang betul, pembelajaran boleh jadi menyeronokkan untuk semua orang.

Cikgu Samuel mempunyai moto yang beliau sentiasa berpegang sepenuh hati di dalam hatinya iaitu :

“Saya percaya kita memerlukan pedagogi yang baik untuk mengajar, saya percaya kepada pedagogi hati.”

Moto itu terus memandu Cikgu Samuel dan memberitahunya bahawa apa-apa sahaja tidak mustahil untuk dilakukan jika ia datang dari hati.

Mohd Fadli Salleh/Facebook

Dengan semua usaha yang dilakukan oleh Cikgu Samuel, peratusan pelajar Orang Asli yang lulus dengan baik dalam kertas Bahasa Inggeris semasa peperiksaan telah meningkat dengan mendadak dan cemerlang dengan ada di antara mereka telah mendapat A dalam keputusan UPSR.

Terima kasih Cikgu Samuel Isaiah di atas dedikasi dan berkat usaha yang baik. Anda telah meletakkan anak-anak ini di tempat mereka yang sesuai untuk memiliki pendidikan terbaik yang akan mengubah masa depan mereka. Anda sememangnya seorang adiwira sebenar!

Sumber : World of BuzzMohd Fadli Salleh/Facebook

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular