Setiap tahun untuk tempoh sebulan Ramadan, sering dijadikan sebagai bulan berbelanja, sama ada membeli-belah di bazar untuk berbuka ataupun persiapan perayaan yang sering disambut dengan gilang-gemilang, tetapi masalah pembaziran makanan sering berlaku setiap tahun pada bulan yang berkat ini.

Kini dengan mengambil insiatif untuk mengurangkan pembaziran, terdapat beberapa Pertubuhan Bukan kerajaan yang bersedia menerima lebihan makanan yang sememangnya masih boleh dihidang kepada golongan yang memerlukan.

Di sini terdapat beberapa lokasi yang anda boleh sumbangkan makanan.

Soup Kitchen:

1. Pertiwi Soup Kitchen

Gambar: Poskod.My

Projek tersebut menyedikan kira-kira 500 bungkus makanan kepada gelandangan di sekitar Chow Kit, Kota Raya dan masjid India setiap Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Hubungi: Munirah (012-2363639)

Website: Pertiwi Soup Kitchen

2.  Kechara Soup Kitchen

Gambar: Forum Lowyat

Menggunakan van  yang mempunyai dapur bergerak, Kechara mengagihkan makanan yang dimasak sendiri kepada golongan gelandangan di beberapa lokasi di Pulau Pinang, Johor dan Kuantan sepanjang waktu makan tengah hari, setiap hari bekerja dan Sabtu.

Hubungi: +603 2141 6046

Website: Kechara Soup Kitchen

3. Assumption Soup Kitchen

Gambar: Jirehs Hope

Aktiviti yang dikendalikan oleh sukarelawan di sebuah gereja di Petaling Jaya itu mengagihkan makanan kepada makanan kepada mereka yang memerlukan di kawasan gereja berkenaan setiap hari Isnin dan Rabu bermula pukul 11 pagi hingga 1 petang.

Hubungi: +6012 212 2397 (Alice Massang)

Facebook: Assumption Church PJ

4. Street Feeders of KL

Gambar: Epic

Aktiviti tersebut diuruskan oleh golongan muda yang turun padang setiap dua minggu sekali dengan mengagihkan kepada kira-kira 300 gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Hubungi: +6017-670 7094

Website: Street Feeders of KL

5. Soup Kitchen Jinjang Kuala Lumpur

Gambar: RedBabe

Dikendalikan oleh Yayasan Fungates Superflow Foundation, mengagihkan makanan tengah hari kepada mereka yang memerlukan dan mempunyai cawangan di Jinjang Utara and Alor Setar.

Hubungi: +603-58805027

Website: Fungates Superflow Foundation

Tempat Perlindungan:

1. Anjung Singgah

Gambar: Kechara

Sebuah pusat perlindungan sementara yang disediakan Yayasan Kebajikan Negara terletak di beberapa Kawasan termasuk di Wilayah Persekutuan, Kuching, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Perak.

Hubungi: +603-8323-2451

Website: Anjung Singgah YKN

2. Shelter – Home for Children

Gambar: The Star

Aktiviti tersebut tidak hanya untuk rumah anak-anak yatim, pelarian tetapi turut menyediakan makanan dan bantuan kewangan kepada ahli keluarga yang memerlukan.

Hubungi: +603-7955 0663 (before 5pm), +6014-7123798 (after 5pm)

Website: Shelter-Home for Children

3. Pusat perlindungan Agathians

Gambar: Sunsuria

Pusat perlindungan adalah rumah kebajikan yang bertujuan utuk menyelamatkan kanak-kanak menjadi jalanan melalui tempat tinggal, makanan dan juga Pendidikan, dan sehingga kini memiliki 40 kanank-kanak dalam jagaan pusat berkenaan.

Hubungi: +603 – 7954 1680, +6012 – 296 8014

Website: Agathians Shelter

4. Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur

Gambar: Twitter

Pusat ini tidak hanya menyediakan tempat erlindungan dan mengagihkan makanan kepada gelandangan tetapi membantu mencari pekerjaan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Hubungi: +6019-232 6370

Facebook: Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur

Badan Bukan Kerajaan yang Prihatin:

1. Hati Malaysia

Gambar: Hati Malaysia

Sebuah badan bukan kerajaan  yang membuat amal jariah kepada pelbagai termasuk golongan warga emas, pelarian, kanak-kanak dengan menyediakan makanan.

Hubungi: Hati Malaysia

2. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)

Gambar: UNHCR

Sejak April lalu, kira-kira 170,460 pelarian di negara ini yang berdaftar dengan badan ini termasuk 43,710  adalah pelarian kanak-kanak yang berusia kurang 18 tahun.

Website: UNHCR

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular