KUALA LUMPUR:  Bermula 1 Julai depan, semua pengguna di Selangor tidak lagi disediakan penyedut minuman bagi setiap minuman yang dipesan sebaliknya perlu meminta sendiri di kaunter jika memerlukannya.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor Hee Loy Sian berkata, langkah berkenaan dibuat sebagai usaha menangani penggunaan ‘single-use plastic’ dan akan mulakan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK).

star2/Gambar Hiasan

“Mulai 1 Julai, kita tetap akan melaksanakan program untuk tidak memberi straw plastik secara automatik kepada pelanggan. Kalau pelanggan mahu, kena minta di kaunter.

“Kita juga menghadkan restoran supaya tidak mempamerkan straw plastik di kaunter, mereka kena simpan. Atas permintaan, baru bagi sebagai satu usaha mengurangkan penggunaan plastik,” katanya yang dipetik Star Online.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan perasmian program Bazar Ramadan Mampan dan Kempen Amalan Hijau dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Taman Greenwood, semalam.

hubpages/Gambar Hiasan

Mengulas lanjut Loy Sian berkata, pihaknya menerima arahan daripada kerajaan untuk mengurangkan penggunaan penyedut minuman plastik dalam usaha kurangkan pencemaran berasaskan plastik.

“Kita akan menjadi peneraju dan dimulakan di SUK terlebih dahulu dan langkah ini bertujuan untuk mengubah  sikap orang ramai terhadap penggunaan penyedut minuman plastik,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, selepas pengumuman larangan penggunaan penyedut pada 1 April lalu pada Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Tahun Baru Cina, pihaknya menerima pelbagai reaksi positif diterima daripada pengusaha dan pengguna.

desertsun/Gambar Hiasan

Tegas beliau, hasil pengumuman itu, banyak syarikat mula menghasilkan plastik dan penyedut biodegradasi ekoran permintaan tinggi yang diterima, sekali gus membolehkan pengurangan jumlah sisa serta menjimatkan kawasan tapak pelupusan sampah.

Berkuat kuasa 1 Januari 2019, di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, penggunaan penyedut minuman plastik telah diharamkan di semua premis perniagaan menjual makanan dan minuman.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan  yang dipetik Utusan Online sebagai berkata, tempoh berkenaan adalah untuk mendidik masyarakat terutamanya peniaga akan dilaksanakan sehingga tahun 2020 sebelum tindakan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan sepenuhnya.

“Kita akan menggunakan peruntukan undang-undang yang sama seperti penggunaan produk berasaskan biodegradasi iaitu beg plastik dan bekas makanan ke atas peniaga yang didapati me­langgar peraturan boleh dikompaun tidak melebihi RM1,000,’’ katanya yang dipetik Utusan Online.

Sumber:  Says, Utusan Malaysia, SelangorKini

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular