Gadis berusia 11 tahun dari Harbin, Heilongjiang, China dilahirkan kelainan upaya, tetapi kehilangan penglihatan itu tidak menghalangnya pergi ke sekolah dengan sendiri.

Menurut Agensi Berita Xinhua, pelajar sekolah ini mengalami keadaan kongenital yang dikenali sebagai hypoplasia saraf optik, keadaan di mana saraf optik kurang berkembang.

Lima tahun lalu, dia memasuki Sekolah Pendidikan Khas Harbin. Ibunya telah menyewa sebuah rumah berhampiran sekolah tersebut untuk memudahkan urusan anaknya ke sekolah.

Setiap pagi, dengan bantuan tongkatnya, gadis itu akan berjalan ke sekolahnya dengan sendiri. Walau bagaimanapun, dia tidak tahu bahawa ibunya secara diam-diam akan mengikutinya sehingga dia tiba dengan selamat di sekolah.

Ibunya, Yu Ling, berkata bahawa dia menggalakkan anak perempuannya pergi ke sekolah sendiri untuk membantunya mengembangkan keyakinan dan dapat berdikari apabila dia dewasa nanti.

Sin Chew Daily

Apabila tiba masanya untuk anak perempuannya pergi ke sekolah, dia akan mengikutinya dari belakang, mengekalkan jarak dari gadis itu supaya dia tidak tahu bahawa ibunya mengikuti dia untuk menjaga keselamatannya.

Walaupun tujuan utama Yu Ling membiarkan anak perempuannya pergi ke sekolah sendiri untuk mengajarnya berdikari, namun dia tidak hanya menonton anak perempuannya berjalan sendiri.

Kadang-kadang, ibu yang penyayang ini akan memberikan isyarat kepada penunggang basikal dan pemandu kenderaan untuk berhenti ketika anaknya itu mahu menyeberangi jalan.

Sin Chew Daily

Ia begitu menyentuh hatinya apabila melihat anaknya itu berjuang untuk mencari jalannya tetapi dia terpaksa untuk tidak menolongnya. Walau bagaimanapun, dia tahu bahawa itu adalah yang terbaik yang boleh dilakukannya untuk membuat anak perempuannya belajar berdikari.

“Saya tahu bahawa suatu hari nanti saya terpaksa meninggalkannya dan saya berharap apabila tiba masanya, dia boleh berdikari. Dia mesti kuat dan yakin. Saya mahu dia mampu untuk mengatasi segalanya, ” kata ibunya.

Sumber: Sin Chew Daily

Maybe you're interested :

Share

Video Popular