Google telah menggantung operasi perniagaan dengan Huawei dengan berkuat kuasa serta-merta, satu langkah yang terpaksa dilakukan dan akan memberi impak dramatik kepada peranti Huawei di seluruh dunia.

Menurut Reuters, Google dipaksa menggantung perniagaan dengan Huawei yang “memerlukan pemindahan produk perkakasan dan perisian.”

Android Authority

“Huawei Technologies Co Ltd akan segera kehilangan akses kemas kini ke sistem pengendalian Android, dan versi telefon pintarnya yang akan datang di luar China serta akan kehilangan akses kepada aplikasi dan perkhidmatan popular Google termasuk aplikasi Google Play Store dan Gmail,” demikian menurut Reuters.

Ini bermakna tiada lagi kemas kini keselamatan Android untuk peranti yang terbaru dan lama, termasuk Huawei P30 dan Pro P30 serta yang terbaru, Mate 20 Pro, serta banyak lagi produk keluaran Huawei yang lain.

Soya Cincau

Tindakan Google susulan pengumuman Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat pada hari Rabu, yang menamakan Huawei dan beberapa 68 sekutu dalam Daftar Entiti yang disebut dalam senarai hitam perdagangan, berikutan perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Ini adalah senarai yang sama, yang mana telah ditambah dan kemudian dikeluarkan kepada ZTE pada tahun 2018, yang mengakibatkan ‘gangguan besar-besaran’. Huawei kini dengan serta-merta dilarang daripada membeli bahagian dan komponen peranti dari syarikat Amerika Syarikat tanpa kelulusan kerajaan Amerika Syarikat, yang turut termasuk Android.

Soya Cincau

Walau bagaimanapun, menurut pihak Huawei, mereka sudah lama bersedia dan menjangkakan perkara ini akan berlaku kerana sudah mengambil langkah pembendungan sejak enam tahun yang lalu untuk sebarang pengharaman Android. Misalnya, mereka sudahpun berhijrah daripada SoC Snapdragon ke HiSilicon untuk memperkasa telefon keluaran mereka.

Sementara itu Honor, jenama sub-Huawei, telah ditetapkan untuk pelancaran Honor 20 di London pada hari Selasa, 21 Mei ini. Masih tidak dapat dipastikan apa yang akan berlaku setelah pengumuman dari Google dikuatkuasakan.

Reuters/Arnd Wiegmann

China dalam satu kenyataan awal minggu ini berkata bahawa keputusan mendadak ini amat “bertentangan dengan keputusan yang dibuat oleh Biro Industri dan Keselamatan Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat.”

Sumber : Android Authority

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES GLOBAL Korporat

Video Popular