Kebakaran boleh menjadi satu kejadian yang membawa kemusnahan kepada keseluruhan bangunan kerana ia akan merebak dengan cepat dan menghasilkan asap tebal yang amat membahayakan nyawa mangsa-mangsa yang terperangkap di dalamnya. Kita pernah menyaksikan terdapat mangsa yang terpaksa melompat keluar dari bangunan yang tinggi dan ada pula yang maut akibat lemas terhidu asap tebal.

Bagaimanapun, semua penghuni di sebuah bangunan yang sedang terbakar di timur laut China tidak perlu mengambil langkah ekstrem ini kerana mereka amat bertuah apabila telah diselamatkan oleh seorang wira remaja berusia 19 tahun yang kebetulan berada di lokasi ketika kebakaran itu berlaku pada 2 Mei.

Hungry Stay/YouTube

Lan Junze, seorang pengendali kren muda, sedang bertugas di tapak pembinaan di Fushun, wilayah Liaoning apabila dia melihat bangunan kediaman yang berdekatan telah terbakar.

Menurut Sohu News, kebakaran bermula dari sebuah kedai runcit di tingkat pertama, dengan cepat telah merebak ke seluruh bangunan tujuh tingkat. Asap yang dihasilkan oleh api menjadi sangat tebal sehingga semua penghuni bertarung dengan nyawa mereka untuk menyelamatkan diri dari pangsapuri masing-masing.

Hungry Stay/YouTube

Nasib mereka amat baik kerana Lan Junze dengan sepantas kilat menyelamatkan semua penghuni yang berada di tingkat atas bangunan dengan menggunakan kren.

Walaupun mengalami kesukaran yang bukan sedikit kerana pandangannya dihalang oleh asap tebal serta hawa api yang panas dan wayar elektrik yang menyekat perjalanan kren, Lan Junze telah berjaya menyelamatkan 14 orang mangsa dalam masa 30 minit!

Kata remaja yang berani ini, “Pada masa itu, saya hanya mahu menyelamatkan orang ramai, Saya tidak berfikir apa-apa. Saya tidak mempunyai masa.”

Hungry Stay/YouTube

Dua hari kemudian pada 4 Mei ketika Hari Belia China, Lan Junze telah diberi pengiktirafan di atas keberaniannya, dengan nama dan kisahnya menjadi tular di media sosial. Para netizen telah menggelarnya dengan nama ‘Lelaki Kren’.

Xinhua melaporkan bahawa kerajaan tempatan dan Persatuan Wanita Fushun telah menganugerahkan keluarga Lan dengan gelaran kehormat “Keluarga Terbaik” pada 12 Mei.

Hungry Stay/YouTube

Menurut Lan Junze, “Ibu bapa saya telah mendidik saya dengan nilai yang baik sejak kecil. Apabila orang lain menghadapi kesukaran, saya mesti menghulurkan bantuan. Inilah yang perlu saya lakukan. Kini yang penting semua orang berada dalam keadaan yang selamat!”

Rata-rata netizen telah memberi pujian di atas keberanian yang ditunjukkan oleh Lan Junze, dengan sesetengahnya mengatakan bahawa dia berhak menerima wang tunai sebagai ganjaran dan layak digelar wira, sementara yang lain berpendapat bahawa standard prosedur keselamatan kebakaran untuk pembinaan di bangunan itu perlu dipertingkatkan dan diperbaiki.

Tonton video di bawah.

Hungry Stay/YouTube

Sumber : Hungry Stay/YouTube , World of Buzz

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular