Seorang wanita di Taiwan meninggalkan nota pada pesanan kedua yang dia mahukan lebih sos dalam burger McDonald’s ekoran insiden dia menerima penghantaran burger tanpa sos semasa pesanan pertama.

Namun, apabila burger tiba, wanita ini amat terkejut apabila melihat rupa burgernya.

Semuanya bermula apabila wanita itu menerima burger Filet-O-Fish kedua melalui servis penghantaran McDonald’s pada 13 Mei.

Wikimedia Commons/ Gambar Hiasan

Pada mulanya, dia membuat pesanan pertama seperti biasa melalui aplikasi penghantaran rantaian makanan segera tersebut. Ketika serahan tiba, wanita ini amat kecewa melihat burger Filet-O-Fish sampai tanpa sos tartar McDonald’s yang popular itu di dalamnya.

Apabila burger itu diiklankan, ia menunjukkan mempunyai sos tartar di antara potongan keju cheddar dan roti kukus yang nampak mengiurkan, dan wanita ini kemudian membuat aduan di restoran berkenaan dengan meminta burger yang baru.

McDonald’s / Gambar Hiasan

Semasa pesanan kedua, wanita ini meninggalkan nota dengan menyatakan bahawa dia mahukan tambahan lebih sos tartar pada burgernya kerana mereka tidak meletakkan sos tartar di dalam burgernya pada pesanan pertama.

Apabila penghantaran kedua tiba, wanita ini amat terkejut melihat jumlah sos tartar di dalam burgernya.

Rupa-rupanya, mereka telah meletakkan sos tartar yang begitu banyak di dalam burger ini yang pada asasnya sudah melimpahi dan meliputi seluruh burger!

Setelah melihat burger kedua, wanita ini menjadi tercengang tidak mampu berkata apa-apa.

“Adakah kerana saya membuat aduan lalu anda pun memberi saya hidangan seperti ini?” kata wanita ini ketika dia menghubungi restoran berkenaan tidak lama kemudian.

Tambah wanita ini lagi, “Ia sudah menjengkelkan saya apabila anda tidak mahu bertanggungjawab terhadap pesanan saya dengan mengatakan bahawa mesin sos telah rosak. Jadi, jika ia benar-benar telah rosak, anda tidak dapat melihatkah apa yang berlaku kepada burger saya? “

Pihak restoran kemudian telah memohon maaf kepada wanita ini dan menawarkan pampasan tetapi oleh kerana mereka merosakkan pesanannya sebanyak dua kali berturut-turut, wanita tersebut menjadi tawar hati dan enggan menerima pampasan.

Berikutan kejadian tersebut, McDonald’s Taiwan telah mengeluarkan kenyataan bahawa insiden itu berlaku kerana kecuaian pekerja mereka yang mengakibatkan penghasilan burger tidak mencapai standard yang boleh diterima oleh pelanggan iaitu wanita ini.

Pihak mereka menyatakan kekesalan dan berjanji akan memastikan setiap pekerja perlu mematuhi prosedur standard penghasilan makanan yang telah ditetapkan pada masa akan datang.

Sumber : news.ebc

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES INSPIRASI Ria

Video Popular