Tidak semua wira itu memakai topeng. Kadang-kadang, mereka memandu bas-bas sekolah dan bertindak dengan pantas jika perlu. Samantha Call bekerja sebagai pemandu bas sekolah di Norwich, New York. Pada 26 April, tindakan dengan fikiran sepantas kilatnya telah dirakam kamera.

Norwich City School District/Facebook

Samantha telah menyelamatkan nyawa seorang pelajar daripada dirempuh sebuah kereta yang tidak berhenti di satu persimpangan serta berada di lorong kecemasan dan dipandu laju. Rakaman tersebut kemudiannya telah dimuat naik di YouTube menunjukkan Samantha memegang dan menahan erat belakang jaket remaja itu ketika dia sedang bersedia melangkah keluar dari bas.

“Selamat tinggal Matt,” Samantha berkata sambil matanya sedang melihat sebuah kereta yang meluncur laju pada cermin sisi basnya. Pada ketika itu juga, tangannya dengan pantas telah meregang lalu menggapai serta memegang erat remaja ini dari arah belakang.

Norwich City School District/Facebook

Dia kemudian membunyikan hon basnya kepada kereta yang dipandu laju itu kerana tidak menghiraukan tanda ‘berhenti’.

“Itu satu cengkaman yang baik, ” puji salah seorang penumpang di dalam bas.

Samantha telah memandu bas sekolah untuk Norwich City School District (NCSD) selama enam tahun. Penyelia Pengangkutan NCSD William Loomis menekankan bahawa ‘dia telah melakukan pekerjaan tersebut dengan cemerlang’.

Video itu telah menjadi tular di laman Facebook NCSD dengan kapsyen ‘TOUCHED BY AN ANGEL’. Post itu telah mengumpulkan lebih daripada 4,300 sukaan dan 1000 komen pada masa artikel ini ditulis.

Norwich City School District/Facebook

Karlene Lutz Webb memberi komen, “Syukur atas tindakan dengan fikirannya yang sangat cepat dan pantas. Kita memerlukan lebih ramai lagi orang lain sepertinya. Kerja yang bagus”.

Manakala netizen ini memberi komen, “Pemandu bas ini layak mendapat anugerah tertinggi kerana sikapnya yang sentiasa peka dan berjaga-jaga, dia seperti seorang malaikat pelindung sebenar yang memandu bas kepada semua pelajar ini!”

Norwich City School District/Facebook

Sementara kata-kata ini memberi galakan dan menyatakan rasa terima kasih dengan tulus ikhlas, sebilangan netizen juga menekankan bahawa video seperti ini harus memberi peringatan kepada kita semua untuk berfikir dan bertindak dengan cepat serta menyediakan langkah keselamatan yang lebih baik bagi pemanduan bas sekolah di jalan raya.

Lihat video di bawah.

Norwich City School District/Facebook

Sumber : Norwich City School District/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular