Selain daripada mengajar, guru-guru biasanya perlu membuat laporan dan penilaian kepada Jabatan Pendidikan (DepEd) kerana tugasan tersebut merupakan sebahagian daripada skop kerja mereka. Biarpun ramai guru dapat melakukan tugasan tersebut dalam keadaan selesa di meja kerja mereka sendiri namun situasi berbeza dialami oleh guru-guru di Leyte, Filipina ini.

Joseph Sumayang / Facebook

Guru-guru di Leyte, sebuah pulau yang terletak di Filipina bertungkus lumus untuk menghantar laporan dan penilaian mereka sebelum tiba had waktu kerana hampir semua sekolah di sana tidak mempunyai sambungan internet.

Disebabkan ketiadaan sambungan internet, hampir semua guru akan berjalan berkilo-kilo meter dan mendaki gunung hanya untuk mendapatkan sambungan internet yang lebih stabil.

Data telefon mereka sendiri juga jarang befungsi di kawasan tanah rendah, oleh itu mereka tiada pilihan lain tetapi perlu mendaki gunung untuk menggunakan wi-fi sendiri dan menghantar laporan.

Joseph Sumayang / Facebook

Walau bagaimanapun, isyarat di atas gunung juga bukan selalunya stabil. Hampir setiap masa, guru-guru ini berharap isyarat tersebut akan kekal kuat dan membolehkan mereka menghantar laporan secara atas talian.

Joseph Sumayang / Facebook

Joseph Sumayang yang merupakan salah seorang guru di Libertad Elementary School (LES) Libertad, Abuyong, di Leyte baru-baru ini berkongsi beberapa gambar dia dan rakan-rakan guru yang lain sedang duduk di atas batu dan rumput di gunung semasa menyiapkan laporan mereka untuk di hantar sebelum tamat tempoh.

Menurut Joseph, mereka perlu melakukannya terutama apabila tiba akhir tahun persekolahan di mana laporan perlu dihantar kepada Jabatan Pendidikan.

Walaupun begitu, menurut Joseph, situasi yang lebih mencabar dihadapi oleh isterinya. Ini kerana sebagai koordinator Informasi dan Perhubungan Teknologi (ICT) di sekolah mereka, lebih banyak laporan yang perlu disiapkan oleh isterinya.

Joseph Sumayang / Facebook

Pengetua sekolah LES, Gregorio Betonio menyatakan kebimbangannya kerana guru-guru terpaksa melalui cabaran yang getir seperti gigitan nyamuk dan ancaman haiwan liar hanya untuk menghantar laporan mereka secara atas talian.

Joseph Sumayang / Facebook

Kadang-kadang, mereka masih duduk gunung begitu lewat sehingga jam 8 malam untuk menyiapkan laporan tersebut.

Joseph Sumayang / Facebook

Berikutan kesukaran melakukan tugasan tanpa kestabilan internet, ramai guru di Leyte berharap agar pihak Jabatan Pendidikan dan agensi kerajaan yang lain dapat meninjau keadaan mereka dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Dengan adanya bantuan tersebut, guru-guru ini berharap mereka dapat menunaikan tanggungjawab sebagai guru dengan lebih baik tanpa perlu menghadapi kesukaran dan menggunakan masa yang ada untuk fokus pada pengajaran mereka.

Sumber: Buhay Teacher

Maybe you're interested :

Share

Video Popular