Kalau ditanya kepada sesiapa pun tidak kira lelaki atau perempuan, pasti semua orang mahu tampak cantik atau tampan ketika menghadiri majlis prom atau dipanggil majlis makan malam jika di Malaysia.

Itulah sebabnya apabila adik perempuan Mikayla Lewis yang berusia 18 tahun, menawarkan untuk membuat gaun untuk dipakai olehnya ketika majlis prom, dia teragak-agak untuk bersetuju dengan tawaran adiknya, Courtney.

“Reaksi pertama saya adalah, saya tidak mahu mengguriskan perasaannya dengan berkata tidak, jadi saya mengatakan ya. Tetapi saya berniat untuk membeli pakaian lain, ” kata Mikayla.

eitb_blog|Instagram

Ibu mereka, Crystal berkata bahawa Courtney tidak pernah menjahit apa-apa pakaian sebelum ini. Tetapi remaja berusia 14 tahun itu mempelajari reka bentuk dan pengeluaran teknik di Duke Ellington School of the Arts di Washington, D.C. Dengan bantuan keluarga kawannya, Syreeta Herber, yang memiliki Syreeta C Fashion, Courtney yakin dia dapat melakukannya.

Crystal Lewis|Facebook

Remaja itu menghabiskan masa lima bulan dan beratus-ratus jam menyusun gaun jubah labuh itu, yang mana Mikayla telah membantu memilih kain itu.

Crystal Lewis|Facebook

Syreeta sentiasa bersama Courtney untuk membimbingnya dalam membuat gaun tersebut. “Saya telah membimbingnya sedikit sebelum ini dan saya begitu bangga dengan cara dia bekerja,” katanya.

Crystal Lewis|Facebook

Apabila tiba masanya malam bermakna yang ditunggu-tunggu oleh Mikayla, dia begitu berpuas hati dan gembira dengan gaun rekaan adiknya itu. Dia kelihatan sangat cantik dalam gaun tersebut, dan dia berkata “saya berasa seperti seorang puteri.”

Crystal Lewis|Facebook

Warna, perhiasan belakang, dan segala-galanya mengenai gaun yang berkilauan itu kelihatan sempurna seperti direka oleh pereka fesyen profesional.

Crystal Lewis|Facebook

Malah, Courtney, yang membuat pakaian itu sendiri, teruja dengan hasil tangannya. “Saya melihat gaun tersebut dipakai olehnya dan jujur saya rasa seperti mahu menangis kerana terlalu gembira dan berpuas hati,” kata Courtney.

eitb_blog|Instagram

Crystal juga teruja melihat gaun tersebut, namun dia lebih tertarik dengan ikatan manis anak perempuannya. Tidak ramai remaja yang sanggup membenarkan pakaian prom mereka dibuat oleh adik sendiri.

“Apabila Courtney menawarkan untuk membuat pakaian itu, dan Mikayla berkata ya, saya merasa sangat berbangga. Ia benar-benar merupakan bukti ikatan adik beradik yang telah terbentuk selama bertahun-tahun, kata Crystal. “

Crystal Lewis|Facebook

Kerjaya impian Courtney adalah mereka bentuk pakaian anak patung. Namun, dia pasti akan berjaya dalam membuat pakaian bersaiz biasa. Akan ada banyak kejayaan di masa depannya. Malah, dia sudah mendapat pesanan sekurang-kurangnya 50 permintaan untuk membuat gaun selepas gambar Mikayla menjadi tular di Instagram!

Tonton video di bawah untuk melihat proses membuat gaun tersebut:

Sumber: InspireMore

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular