Seorang pelancong warga British terkedu apabila tempahan bilik yang dibuat menerusi Airbnb berharga RM533 semalam hanyalah sebuah kontena yang diletakkan di tepi jalan raya sahaja!

Pelancong dan juga peminat bola sepak bernama Ben Speller ini telah terbang ke Amsterdam untuk menyaksikan perlawanan bola sepak di antara Tottenham menentang Ajax pada minggu lalu.

Ben telah melayari laman Airbnb untuk mencari tempat penginapan yang murah tetapi berbaloi. Dia kemudian bersetuju untuk menempah sebuah ‘rumah bersih di Amsterdam dengan bilik air privasi’ dan membayar RM533 untuk penginapan selama satu malam.

Tetapi, setibanya Ben di ‘rumah’ berkenaan, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati rumah tersebut adalah sebuah kontena perkapalan yang dilengkapi dengan tiga tilam dan sebuah tandas bergerak.

“Tiga kali saya dan pemandu teksi lalu di kawasan yang sama untuk mencari rumah tetapi tidak menemuinya. Akhirnya, saya sedar bahawa kontena itu adalah rumah yang saya tempah! Kami buka pintu, lihat di dalam, kunci pintu dan berlalu pergi. Kemudian kami pergi ke hotel berdekatan,” kata Ben kepada AT5.

Tidak berpuas hati dengan situasi itu, Ben telah menuntut wangnya semula daripada pemilik rumah tetapi tidak diendahkan. Kemudian, pihak Airbnb memikul tanggungjawab dengan memulangkan semula wang sebanyak RM533 selain membayarkan RM1,228 untuk tempahan hotel Ben.

AT5 turut melaporkan bahawa kontena tersebut tidak memiliki permit yang sah sekali gus menyebabkan pihak kontraktor bandar tersebut terpaksa memindahkan kontena berkenaan.

“Kami telah memindahkan rumah itu dari senarai platform kami. Senarai penginapan yang palsu tidak layak berada dalam platform ini dan kami bekerja keras untuk sentiasa memperkukuhkan perlindungan dan mengelakkan pelaku tidak bertanggungjawab,” kata wakil jurucakap Airbnb.

Ini bukanlah kali pertama kejadian seperti ini berlaku dalam laman rasmi tempahan penginapan. Pada Mac 2016, satu ‘syarikat penginapan’ telah meletakkan katil di kawasan parkir kereta yang terletak di Peckham dengan harga sewaan RM32.

Sumber: Daily Mail

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh BISNES INSPIRASI

Video Popular