Roberto Calleja berkongsi di laman Facebook kisahnya yang telah kehilangan dompet. Seperti orang lain yang kehilangan barang berharga, Roberto juga telah membuat laporan polis. Dalam hari yang sama dia telah mendapat semula gantian kad ATM, kad pengenalan diri anaknya dan lesen memandunya.

Suatu kejadian yang tidak diduga Roberto ialah seseorang telah menghubungi dan memberitahunya bahawa dia telah menjumpai dompet Roberto. Roberto berasa begitu bersyukur kerana lelaki budiman itu telah menemui nombor telefonnya dan terus menghubunginya.

 

Perkara kedua yang dirasakan menakjubkan ialah semua wang dan kad di dalam dompet itu tidak hilang dan masih ada seperti asal.

Roberto ingin memberi penghargaan kepada Raju yang merupakan pekerja Alam Flora kerana telah memulangkan dompet yang ditemuinya ketika membersihkan jalan di Putrajaya. Walau bagaimanapun Raju enggan menerimanya.

Roberto berasa lelaki seperti Raju itu memang diperlukan di dunia ini. Tiada kata yang dapat diberikan untuk menunjukkan rasa terima kasihnya kepada Raju.

Namun Roberto berharap agar pihak Alam Flora Sdn Bhd dapat memberikan penghargaan kepada pekerja budiman seperti Raju.  Sebelum mengakhiri post tersebut, Roberto berkata tidak salah dia membuat keputusan untuk terus menetap di Malaysia!

Sumber: FACEBOOK | ROBERTO CALLEJA

Maybe you're interested :

Share

Video Popular