Teh bubble kini menjadi satu trend dalam kehidupan seharian masyarakat seluruh dunia di mana kita boleh lihat lambakan manusia yang menjadi pelanggan tetap untuk premis-premis yang menjual minuman seperti ini.

Bagaimanapun, kajian mendapati bahawa minuman ini adalah pilihan minuman yang tidak baik untuk kesihatan manusia…

Crossing

Menurut laporan Seehua, pakar pemakanan telah melabelkan teh bubble sebagai minuman yang paling tidak berkhasiat kerana kandungan gula dan lemak trans yang tinggi!

Menerusi kajian terdahulu, disimpulkan bahawa secawan teh bubble dengan paras kemanisan normal mengandungi 34 gram gula. Dalam erti kata lain, jumlah ini adalah 68% lebih daripada kadar pengambilan gula yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Happenings

Untuk pengetahuan anda, kadar pengambilan gula maksimum dalam sehari yang diperlukan oleh badan hanyalah sebanyak 50 gram sahaja. Jadi, bayangkan jumlah gula yang tinggal untuk kita ambil. Adakah kita mampu untuk mengawal pengambilan gula seharian jika begini caranya?

Selain gula, teh bubble juga mengandungi lemak trans yang sangat tidak baik untuk kesihatan manusia. Lemak trans ini dihasilkan menerusi proses perindustrian dan digunakan secara meluas dalam industri makanan dan minuman. Penggunaan lemak trans ini dikatakan dapat meningkatkan rasa dan tekstur sesuatu makanan…

Twitter

Lemak trans boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan yang negatif seperti:

  • Meningkatkan paras kolesterol yang buruk (LDL)
  • Merendahkan paras kolesterol baik (HDL)
  • Meningkatkan risiko penyakit jantung, strok dan Diabetes Jenis 2
  • Mengurangkan kekuatan memori
  • Menjejaskan keupayaan pembiakan

Jadi, beringatlah untuk mengurangkan pengambilan gula dalam diet seharian anda…

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular