Kenali Tulip, seekor kucing yang telah melalui pelbagai rintangan dan halangan dalam hidupnya. Bagaimanapun dugaan yang melanda, kucing yang baru berusia 10 bulan ini sentiasa mengukirkan senyuman.

Tulip telah ditemui di jalanan sekitar Ontario, Kanada, kucing betina ini kemudian dibawa ke sebuah pusat pemulihan haiwan. Ketika itu, Tulip baru berusia dua minggu dan disahkan menghadapi jangkitan pada matanya.

tulipthegremlincat/Instagram

Meskipun begitu, Tulip tetap kelihatan tersenyum ketika gambarnya diambil untuk dipaparkan di laman sesawang. Gambar tersebut akan digunakan untuk membantu Tulip mencari keluarga yang sanggup memelihara dan menjaganya dengan sepenuh kasih sayang!

Pada masa yang sama, Jenn dan Chris sedang mencari peneman untuk kucing peliharaan mereka, Pinecone. Setelah berbulan-bulan melayari internet, pasangan ini akhirnya telah jatuh hati dengan Tulip dan memutuskan untuk membawa pulang si comel ini.

tulipthegremlincat/Instagram

“Senyuman Tulip di dalam iklan itu membuatkan kami terus jatuh hati,” kata Jenn kepada The Dodo.

Pasangan suami isteri ini kemudiannya menghantar permohonan untuk menjadikan Tulip sebagai kucing peliharaan mereka. Setelah permohonan diluluskan, Jenn dan Chris menjadi teruja untuk menemui Tulip.

tulipthegremlincat/Instagram

Setibanya di sana, alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati Tulip sedang mengukirkan senyuman meskipun sedang terkurung di dalam sangkar dan serta-merta mereka merasakan ikatan yang kuat terjalin.

“Kali kedua kami melihat Tulip, kami serta-merta jatuh cinta dengan rupa dan personalitinya”.

tulipthegremlincat/Instagram

Jenn dan Chris membawa Tulip pulang ke rumah mereka dan kucing comel ini tidak henti-henti menunjukkan senyuman manisnya…

“Pada awalnya, kami sangkakan ini adalah strategi pengiklanan. Tetapi setelah kami membawanya pulang dan mengambil banyak gambar Tulip, kami akhirnya sedar Tulip memang suka senyum”.

Tulip adalah seekor kucing yang sangat lincah dan suka menjengkelkan ‘abangnya’ iaitu Pinecone. Meskipun begitu, kedua-dua kucing ini mempunyai hubungan yang sangat akrab dan tidak boleh dipisahkan…

tulipthegremlincat/Instagram

“Tulip adalah contoh yang membuktikan bahawa kita akan sentiasa berada di bawah. Sentiasa ukirkan senyuman walau seberat mana dugaan yang dihadapi. Tulip telah menceriakan hari-hari kami”.

Sumber: The Dodo

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular