Setiap ibu bapa pasti berbangga dengan apa sahaja pencapaian yang dicapai oleh anak-anak dalam kehidupan mereka tidak kira kecil atau pun besar. Tiada ucapan dan kata yang boleh diterjemahkan melainkan rasa syukur dengan pencapain mereka.

Seperti ibu-ibu lain wanita ini pastinya merasakan sesuatu yang sangat mengujakan apabila mendapati kapal terbang yang sedang dinaikinya sebenarnya dipandu oleh anak lelakinya.

Untuk menjadi menjadi juruterbang atau kapten untuk perjalanan udara komersil seseorang boleh mengambil masa tujuh hingga dua belas tahun. Jadi selepas segala susah payah dan usaha yang diberikan selama bertahun-tahun anda pasti akan faham mengapa karier ini sangat dipandang.

Ianya bukan mudah untuk dicapai. Justeru itu, melihat anak sendiri yang lengkap dengan uniform dapat menerbangkan pesawat dengan sendiri adalah pengalaman yang sangat berharga buat seorang ibu.

Ibu mana yang tidak bangga dan bahagia apabila mengetahui bahawa anaknya yang sedang memandu pesawat yang sedang dinaikinya?

Kebangaan yang sukar diterjemahkan! Walaupun anda mungkin tidak faham apa yang dikatakan oleh mereka, melihat akan reaksi mereka sahaja sudah pasti akan menyentuh hati anda!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular