“Dia bukan ibu saya”. Itulah yang dikatakan oleh Yang Yah Ting yang berusia 10 tahun apabila penyampai di majlis anugerah bertanya kepadanya jika dia ingin memberi ucapan penghargaan dan rasa terima kasih kepada ibunya.

Gadis muda ini baru sahaja memenangi hadiah tempat pertama dalam Anugerah Seni Kanak-Kanak Kaohsiung menerusi lukisannya yang bertajuk “Ibu”. Ia adalah lukisan yang amat indah menunjukkan seorang ibu membongkok ke hadapan demi melindungi bayi yang sedang tidur dengan aman di bawahnya.

Dengan semua inspirasi yang pasti datang daripada ibunya, semua orang tidak menyangka Yang Yah Ting telah mengeluarkan kata-kata seperti itu.

YouTube

“Dia bukan ibu saya,” katanya kepada hadirin.

YouTube

10 tahun yang lalu, seorang bayi telah diserahkan di pusat jagaan kanak-kanak di mana ibu Yang Yah Ting bekerja. “Pengarah Chang, bayi kecil ini memerlukan rawatan dan jagaan di pusat jagaan anda dengan segera,” kata seorang wanita muda.

Ia merupakan cinta pandang pertama buat Chang ketika pertama kali dia memegang Yang Yah Ting dalam dakapannya.

YouTube

Melihat bayi perempuan yang amat comel sama sekali akan menyentuh hati sesiapa sahaja. Bagaimana bayi yang sebegitu comel boleh berakhir di sini?

Kata wanita muda itu kepada Chang, “Ibu bapanya telah dipenjarakan, dan bayi ini telah diselamatkan daripada penderaan domestik. Dia mengalami kerosakan otak dan lumpuh. Anggota badannya pernah dihentak.”

Setelah mendengarnya, hati Chang berasa luluh dan amat simpati. Dia sudah bersedia untuk menjaga bayi itu dengan sepenuh kasih sayang yang diperlukan tetapi satu perkara akan terus menjadi masalah.

YouTube

“Pengarah, dia ini bayi keperluan khas yang akan memberi bebanan kepada kita,” seorang kakitangan pusat jagaan memberitahu Chang.

“Di mana lagi dia boleh pergi?” Chang menjawab.

Semenjak hari itu, Chang mendedikasikan kesemua masa untuk menjaga Yang Yah Ting.

Chang membawa bayi ini bertemu doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut dan juga memberi urutan bayi untuk merangsang anggota badannya yang lumpuh.

YouTube

Berkat usaha dan hasil kerja kerasnya, Yang Yah Ting membesar sebagai seorang anak gadis kecil yang comel dan sihat.

Tangannya yang pernah lumpuh kini sudah boleh memegang pensil dan Yang Yah Ting juga boleh melukis!

YouTube

Malangnya, tidak semua orang memahami dedikasi Chang untuk menjadikan kehidupan Yang Yah Ting lebih baik.

Suami Chang berasa tidak selesa apabila isterinya sering membawa Yang Yah Ting ke rumah mereka ketika anak kecil ini jatuh sakit. Tetapi buat diri Chang, dia akan melakukan apa saja demi keperluan dan kehidupan anak ini.

YouTube

Termasuk melindungi Yang Yah Ting dari serpihan konkrit dan bumbung yang jatuh ketika rumah pusat jagaan telah runtuh dan musnah akibat gempa bumi yang kuat tidak lama kemudian.

Yang Yah Ting telah terselamat daripada bencana gempa bumi tetapi malang ibunya, Chang telah meninggal dunia.

YouTube

Chang maut ketika membongkokkan keseluruhan tubuh badannya demi melindungi Yang Yah Ting semasa gempa bumi berlaku, dan Yang Yah Ting buat selamanya sentiasa berasa bersyukur.

Kata Yang Yah Ting selepas memenangi anugerah dengan lukisan potret Ibu, “Dia bukan ibu saya. Dia lebih besar dan hebat daripada ibu saya.”

YouTube

Tonton kisah menyayat hati ini di bawah.

YouTube

Sumber : YouTube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular