Boleh dikatakan agak ramai daripada kita yang tidak begitu gemar membela reptilia seperti iguana sebagai haiwan peliharaan. Namun sebenarnya, haiwan berkenaan agak mudah untuk diurus dan dijaga sebenarnya.

Itulah sebabnya iguana sering dibela dan dijadikan sebagai haiwan peliharaan yang agak popular. Seperti seorang pengguna Twitter dari Jepun yang menggunakan nama ASCOT ini.

Dia membela seekor iguana dan iguananya itu diletakkan di dalam satu bekas yang boleh dianggap akuarium untuk reptilia. Akan tetapi, ASCOT juga membela seekor kucing di dalam rumahnya. Apa yang tidak disangkakan, ASCOT beranggapan bahawa kucingnya itu tidak begitu sukakan bekas akuarium berkenaan namun lain pula jadinya.

Dengan tidak disangka-sangka, kucingnya itu masuk ke dalam bekas akuarium tersebut. Dia menyedari kejadian itu pada satu pagi yang sejuk di Okinawa. Mungkin kucingnya turut berasa sejuk lalu ingin mencari lokasi yang sedikit panas agar dapat menghangatkan tubuhnya…dan lokasi itu adalah di dalam bekas akuarium iguana!

Inilah kucing yang dibela ASCOT. Dengan bersahaja masuk ke dalam bekas akuarium

Mungkin bekas akuarium tersebut sedikit hangat dan selesa membuatkan kucing comel itu masuk ke dalam bersama iguana berkenaan

Iguana itu pula berasa takut dan tidak boleh melakukan apa-apa melainkan menyembunyikan diri

Ini membuatkan ASCOT menambahkan ciri-ciri ‘keselamatan’ pada bekas akuarium iguananya bagi mengelakkan kucingnya itu masuk lagi ke dalam

Foto kedua-dua kucing dan iguana ASCOT mencuri perhatian pengguna internet. Menurut pengguna lain, perkara yang sama juga pernah berlaku pada kucing dan iguana mereka

Sumber: Cocomy

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Ria

Video Popular