Siapa tidak mengenali jenama Bugatti dari Perancis yang telah banyak menghasilkan kereta-kereta laju berprestasi tinggi sebaris dengan jenama-jenama ‘supercar’ terkenal lain seperti Ferrari, Porsche dan macam-macam lagi.

Antara kenderaan mewah berkelajuan tinggi yang dikeluarkan oleh Bugatti adalah seperti Chiron, Veyron dan juga terbaru, Divo!

Terbaru, Bugatti Divo yang mencecah RM24 juta!

Edisi Viral

Kereta mewah keluaran syarikat ini ternyata bukan sahaja menjadi raja di jalanan tetapi turut membuatkan sesiapa sahaja meleleh air liur apabila melihat kenderaan ini berada di atas jalan raya dan mengeluarkan bunyi enjin yang sangat mengagumkan!

Namun, tahukah anda bahawa Bugatti tidak hanya terhad kepada pengeluaran kereta sahaja. Tetapi hakikatnya, Bugati turut mengeluarkan basikal dengan jalinan kerjasama daripada pembuat basikal terkemuka di Jerman iaitu PG.

PG Bugatti Bike dilaporkan dihasilkan daripada 95% bahan fiberkarbon yang menjadikan basikal ini sangat ringan dengan berat hanya 4.9 kg sekali gus mampu menghasilkan kelajuan tertinggi di dunia!

Di samping itu, reka bentuk basikal ini turut berkonsepkan aerodinamik yang membolehkannya bergerak pada kelajuan maksimum. Lebih mengagumkan lagi, tambahan aksesori khas pada rangka basikal ini turut menggalakkan penyerapan hentakan dan menjadikannya sebagai salah satu basikal yang paling berinovatif setakat ini!

Sejak tahun 2017, hanya sebanyak 667 unit PG Bugatti Bike dikeluarkan sebagai edisi terhad dan individu yang berminat untuk mendapatkannya boleh membuat tempahan khas bagi menentukan warna basikal serta jenis kulit untuk diletakkan di bahagian tempat duduk basikal anda…

Bugatti sememangnya tidak pernah mengecewakan dari segi penghasilan produk dan bagi anda yang ingin tahu harga bagi sebuah basikal eksklusif ini, ianya bernilai RM162,000 sahaja.

Harga yang padan untuk fungsi dan jenama basikal yang berkualiti tinggi!

Sumber: Highs Nobiety

Maybe you're interested :

Share

Video Popular