Kita cenderung untuk menjalani kehidupan seharian kita dengan menggunakan bantuan daripada peralatan tanpa menyedari bagaimana menggunakannya dengan cara yang betul. Walaupun kita sudah terbiasa dengannya, hakikatnya, kita menjadikan kehidupan kita lebih sukar.

Sebagai contoh, apabila kita menggunakan benang gigi, meletakkan penyedut minuman pada tin, menikmati gula-gula Tic-Tacs dan pelbagai lagi. Oleh yang demikian, kami ingin kongsi kepada anda cara yang lain apabila anda berhadapan dengan:

#1. Pita pengukur

Bagi sesiapa yang mungkin tidak pakar dalam melakukan kerja-kerja menggunakan pita pengukur, ia sebenarnya mempunyai lubang kecil di bahagian depan cangkuknya. Jadi, anda boleh meletakkan paku, sambil membuat ukuran tepat tanpa bergerak-gerak.

#2. Kuali dengan pemegang

Jika anda perasan, sesetengah kuali yang lengkap dengan pemegang mempunyai lubang, di mana ia digunakan sama ada untuk menyangkut kuali di dinding ataupun untuk membolehkan sudu atau sudip anda diletakkan di situ ketika masak agar dapur anda kekal bersih.

 #3. Benang gigi

Oleh kerana benang gigi disalut dengan lilin untuk menembusi jurang kecil di antara gigi, jadi ia sangat mudah untuk terlepas daripada jari anda. Sehubungan itu, bagi memastikan ia tetap tidak terlepas, ikat hujung benang berkenaan.

#4. Tic-Tacs

Jika anda mudah berasa gelabah ketika seseorang meminta tic-tacs anda, anda mungkin mahu mengelakkan tic-tacs anda terlebih keluar. Sebenarnya, bekas tic-tacs dibina dengan poket kecil bagi membolehkan sebiji tic-tacs dimuatkan pada ruangan itu.

#5. Kotak makanan

Kotak makanan yang lazimnya disediakan pada restoran makanan Cina sebenarnya amat berguna. Hal ini kerana, setelah dibawa pulang, anda boleh mengoyakkannya menjadi pinggan. Jadi, tidak perlulah kotorkan pinggan anda di rumah.

#6. Tin minuman

Lubang pada cincin pembuka tin minuman sebenarnya dicipta untuk diletakkan penyedut minuman agar penyedut berkenaan tidak bergerak-gerak ketika anda minum.

#7. Wayar penyambung

Untuk mengelakkan wayar penyambung dan wayar yang lain longgar ketika disambungkan, ikat kedua-dua wayar (namun janganlah ikat terlalu kuat). Selesai masalah!

#8. Penutup cawan

Untuk meletakkan cawan minuman anda dengan kemas tanpa khuatir tertumpah, letakkannya di atas penutup cawan yang didatangkan bersama dengan cawan berkenaan.

#9. Kertas nota

Kita sering menarik kertas nota daripada bawah ke atas, namun ia sebenarnya membuatkan kertas nota tersebut terlipat. Cara yang betul adalah dengan menariknya secara diagonal agar ia kekal lurus dan tidak terlipat kelak.

#10. Bekas atau kotak coklat

Sesetengah ciptaan bekas atau kotak coklat, memudahkan anda untuk mengeluarkan coklat. Anda hanya perlu menekan pada bahagian tertentu dan dengan mudah coklat akan keluar daripadanya tanpa anda perlu mengorek.

#11. Stapler

Semua tahu stapler digunakan untuk mencantumkan dua dokumen yang berbeza. Tetapi ia tidak praktikal jika anda berniat untuk mencantumkan dokumen buat sementara waktu sahaja. Jadi, apa yang anda boleh buat adalah dengan terbalikkan plat kelim pada stapler tersebut.

#12. Memotong Toblerone

Coklat ‘lapangan terbang’ kegemaran kita ini boleh dipotong tetapi dengan menggunakan cara yang betul – tekan coklat ke belakang untuk mendapatkan kepingan coklat yang sempurna.

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular