Hidup ini memang memerlukan wang, namun tidak semestinya anda perlu mengorbankan kebahagiaan dan segalanya demi wang kerana ia langsung tidak berbaloi.

Kebahagiaan itu tidak dapat dimiliki atau dibeli dengan wang  atau pemilikan harta dengan begitu sahaja. Dalam apa cara sekalipun, jangan dahulukan wang ketika mahu mencipta kebahagiaan.

@say_shazril/Instagram

Seorang lelaki bernama Dr Shazril Shaharuddin telah menulis dan berkongsi di Instagram tentang pengalaman yang dihadapi selepas isterinya selamat melahirkan cahaya mata sulung. Pasangan ini dikatakan telah menunggu kehadiran cahaya mata selepas 4 tahun berkahwin.

Sifat positif yang ditunjukkan oleh Dr Shazril ini wajar dicontohi ramai.

@say_shazril/Instagram

Menurut perkongsian itu, “Wang boleh dicari, tetapi kebahagiaan tidak boleh diganti”

“Setelah 4 hari berada di wad, hari ini isteri saya dan bayi kami telah dibenarkan pulang. Bersalin di hospital swasta tambahan pula melalui pembedahan caesarean, saya sudah boleh menganggar kosnya iaitu antara RM10,000 sehingga RM15,000. Tetapi apabila jumlah bil sebenar dibisikkan ke telinga, saya terduduk dibuatnya. Jumlahnya RM20,000!”

“Saya jadi resah memikirkan bagaimana mahu menyampaikan angka ini kepada isteri. Isteri saya mula mendesak dengan bertanya berapa jumlah bilnya. Saya jadi tewas dengan desakannya lalu dengan berat hati saya sampaikan berita dengan angka kepala 2 itu kepadanya.”

@say_shazril/Instagram

Bila orang bertanya, “Mengapa pilih untuk bersalin di hospital swasta?”

Ini jawapannya…

“Mungkin ada yang berfikir, ‘Itulah siapa suruh bersalin di SJMC, itu hospital orang-orang berada saja’ Tetapi demi keselamatan bayi dan komplikasi isteri yang sebelum ini pernah menjalani pembedahan apendisitis, SJMC adalah hospital yang sesuai.”

“Ibu bapa saya selalu berpesan, ‘Jangan menjadi hamba kepada wang, kerana wang sentiasa boleh dicari’, dan betul apa yang dikata oleh ibu bapa saya, selepas kelahiran bayi kami, rezeki datang bersilih ganti. Maka beringatlah, jangan sesekali kita berkira apabila ia berkaitan dengan kesejahteraan dan kebahagiaan anak-anak.”

@say_shazril/Instagram

Ramai netizen telah memberi respon dan memuji sikap Dr Shazril dalam hal ini :

“Hebatnya seorang suami boleh berfikiran seperti ini..”

@irfan.rozy/Instagram

“4 kali melakukan IVF barulah berhasil…”

@mazlindamahdi/Instagram

“Telah melakukan IVF, namun selepas dua kali baru menjadi. Jumlah yang telah dihabiskan adalah RM50,000..”

@puanhuda_coway/Instagram

Betul kata orang tua-tua, wang memang boleh dicari. Akan tetapi, kebahagiaan itu perlu dicipta bersama pasangan itu sendiri.

Sumber : SAYS , @say_shazril/Instagram

Maybe you're interested :

Share

Video Popular