Sebagai seorang anak, kita semua tahu kadangkala tingkah laku ibu bapa terasa sedikit pelik untuk dikongsi bersama orang lain dengan bangga bukan?

Baru-baru ini seorang anak perempuan yang keliru dengan tujuan bapanya telah mendedahkan sikap bapanya yang pelik dan unik lagi melucukan dengan memuat naik beberapa gambar lucu ini di halaman Twitter.

@mebaruazi/Twitter

Bapa kepada pengguna Twitter bernama @mebaruazi amat gemar memancing. Ia merupakan perkara kegemarannya ketika menghabiskan banyak masa di tepi sungai, tasik dan kolam sambil melontar, meregang dan menarik joran pancingnya ke dalam air dan menunggu dengan sabar untuk mendapatkan tangkapan segar.

Si ayah biasanya selalu bernasib baik dan beruntung kerana dia selalu pulang ke rumah dengan tangkapan sekurang-kurangnya seekor ikan. Dan hasil tangkapan itu akan dibersihkan dan dimasak untuk santapan keluarga.

Tetapi pada kali ini, si ayah telah menangkap seekor ikan yang lebih besar daripada biasa. Cukup besar juga. Mungkin kali ini si ayah tidak mencukupi bahan-bahan masakan untuk memotongnya dengan segera, atau masih berpendapat bahawa ikan ini perlu dibiarkan hidup selang beberapa hari dahulu.

@mebaruazi/Twitter

Jadi si ayah telah pulang ke rumah, membuka peti sejuk dan mengosongkan tempat simpanan buah-buahan dan sayur-sayuran, mengisinya dengan air yang mencukupi untuk memelihara ikan, menjadi akuarium sementara!

Setelah beberapa hari kemudian, anak perempuan ini telah membuka peti sejuk dan terperanjat dalam hidupnya. Oh tidak, dia masih berada di situ!

@mebaruazi/Twitter

Dia benar-benar terkejut kerana mendapati ikan ini masih hidup selama dalam beberapa hari itu. Dengan tenang, ikan ini masih berenang di dalam tempat simpanan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam peti sejuk.

Dia memberitahu bahawa ikan tersebut masih hidup bukanlah sesuatu yang luar biasa, kerana ikan ini datang dari spesies baka yang boleh bertahan hidup dalam suhu yang sangat sejuk. Dan suhu seperti  peti merupakan tempat tinggal atau habitatnya yang paling sempurna.

Sumber : @mebaruazi/Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular