Musim panas semasa berpuasa merupakan satu dugaan yang mencabar buat umat Islam. Sudahlah berlapar dari pagi, ditambah pula dengan kehangatan cuaca membuatkan tekak menjadi kering sentiasa.

Justeru, bagi mengembalikan tenaga dan melegakan tekak sewaktu berbuka, kita digalakkan untuk mengambil makanan dan minuman yang boleh menyejukkan badan. Contohnya seperti air lemon pudina yang seringkali dilihat dijual di bazar Ramadhan!

Rasanya yang segar ditambah pula dengan ais batu pasti akan melegakan kekeringan tekak setelah seharian berpuasa…

Jadi apa tunggu lagi? Salin resipi di bawah dan jangan lupa untuk mencubanya!

Bahan-bahan:

  • Daun pudina RM2
  • 4 biji lemon
  • 100g Sunquick
  • 100g serbuk asam Knorr
  • 1 liter air gula

Cara membuatnya:

  1. Kisarkan 3 biji lemon bersama dua liter air kemudian tapiskannya. Bancuhkan pula dengan 1 liter air gula
  2. Kemudian, campurkan Sunquick dan serbuk asam Knorr bersama 1 liter air panas ke dalam air lemon tadi
  3. Masukkan ais, daun pudina, hirisan lemon, air masak dan bancuhan pati lemon tadi. Kacau sebati dan air sedia untuk diminum!
  4. Jika mahukan kelainan, anda boleh tambahkan buah-buahan di dalam tin seperti laici ke dalam bancuhan air

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Hanisah Kamaluddin|Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular