Setiap negara memiliki peraturan dan larangan yang berbeza. Peraturan dan larangan yang diperuntukkan memiliki sebab-sebab yang tertentu terutamanya disebabkan oleh faktor keselamatan dan kesihatan.

Oleh itu, penting bagi sesiapa yang mahu melancong ke negara tertentu perlu mengambil tahu peraturan dan larangan yang diperuntukkan oleh negara yang ditujui.

Jika peraturan dan larangan tidak dituruti atau dilanggar, kita boleh didenda mengikut hukuman yang telah ditetapkan bagi sesebuah negara itu.

Baru-baru ini, seorang lelaki yang ingin kekal tanpa nama berkongsi pengalamannya didenda sebanyak NT$30,000 (RM4,040) kerana dia secara tidak sengaja membawa dua onigiri yang mengandungi ayam ke Taiwan.

(Gambar sekadar hiasan) Tiger Corporation

Pelancong yang melancong ke Taiwan, perlu ambil perhatian untuk tidak membawa sebarang produk berdaging ke negara Taiwan. Taiwan telah mengetatkan peraturan dan larangan mengenai barang yang dilarang dan ini termasuk makanan ringan atau makanan yang mengandungi daging seperti ayam, kambing, lembu dan khinzir.

Tan (bukan nama sebenarnya) berkata bahawa dia telah pergi ke Kaohsiung bersama tiga orang rakannya pada 8 Mei lalu, dan sebelum menaiki pesawat, mereka membeli dua onigiri ayam dan dua onigiri ikan untuk dimakan ketika berada di atas pesawat.

Walau bagaimanapun, mereka benar-benar terlupa untuk makan makanan tersebut ketika berada di atas kapal terbang dan ketika mereka tiba di lapangan terbang, Tan ditahan dan begnya diperiksa oleh pegawai kastam.

Setelah diperiksa, pegawai kastam mendapati terdapat onigiri ayam di dalam beg milik Tan dan memberitahunya bahawa produk daging dilarang keras dibawa masuk ke negara Taiwan.

World of Buzz

Oleh kerana itu, Tan didenda sebanyak NT$30,000 (RM4,040) atas kesalahannya membawa makanan berdaging ke dalam negara itu mengikut undang-undang yang telah diperuntukkan di bawah Pencegahan dan Pengurusan Penyakit Haiwan Berjangkit.

World of Buzz

Tan diberitahu bahawa dia bernasib baik kerana tidak membawa daging khinzir ke dalam negara itu kerana denda yang dikenakan adalah lebih tinggi iaitu NT$1 juta (RM134,133).

Nasib baik, dua onigiri ikan yang dibawa tidak termasuk dalam larangan dan selepas berunding dengan pegawai, Tan dan kawan-kawannya membayar denda tersebut.

World of Buzz

Taiwan telah memperuntukkan peraturan tersebut bagi mencegah Penyakit Kaki dan Mulut serta Demam Babi Afrika. Larangan tersebut termasuklah bahan-bahan seperti sayur-sayuran serta buah-buahan. Larangan tersebut telah diwar-warkan di lapangan terbang serta di dalam kapal terbang.

Walau bagaimanapun, Tan berkata bahawa mereka terlupa bahawa mereka mempunyai onigiri ayam dan penerbangan mereka tidak melakukan pengumuman tentang larangan tersebut. Brosur yang mereka terima apabila melepasi imigresen juga hanya menyatakan tentang daging khinzir.

Tan berkata bahawa kejadian tersebut memberikannya pengajaran yang sangat bernilai dan dia ingin menasihati pelancong lain untuk memastikan mereka memeriksa beg mereka dengan teliti sebelum pergi ke pemeriksaan kastam. Dia juga bukan satu-satunya yang telah didenda sebelum ini kerana ada orang lain juga telah didenda.

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular