Haiwan peliharaan yang manja seperti kucing sudah dianggap sebagai sebahagian daripada hidup kita secara amnya. Malah, mereka turut dianggap sebagai ahli keluarga. Bayangkan jika mereka hilang, pasti membuatkan diri kita berasa sedih dan risau.

YouTube

Si pemilik pasti akan rasa susah hati dan mencarinya di kawasan-kawasan yang berpotensi untuk kucing kesayangan singgah. Jika tidak berjaya, poster akan digantung atau berita kehilangan akan disebarkan menerusi laman media sosial.

Untuk mereka yang akhirnya berjaya disatukan semula, anda amat bertuah! Namun, bukan semuanya bernasib baik untuk ditemui semula. Akan tetapi, jangan mudah putus asa.

YouTube

Masih ada harapan lagi untuk menemui kucing yang hilang. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan cara yang unik dan tidak konvensional (terbukti berkesan bagi mereka yang telah mencubanya).

Menurut seorang pengguna Twitter di Jepun, Ishikawa Yoshinori, dia telah menemui satu teknik baru bagi membolehkan kucingnya pulang semula ke rumah. “Kucing saya terlepas dua hari lalu dan tidak pulang,” tulisnya di Twitter.

Kemudian tweet-nya dibalas dengan, “Cakap dengan kucing jalanan di kawasan perumahan itu : “Jika ternampak kucing saya, tolong minta dia pulang ke rumah”, merupakan satu teknik yang efektif”.

BestFriends.org

Ishikawa memutuskan untuk mencubanya. Sewaktu dia keluar ke kedai berdekatan pada satu malam, dia bercakap dengan kucing jalanan yang dijumpainya. Apa yang mengejutkan adalah, kucingnya muncul di rumah pada keesokan harinya.

Dia kemudian berasa pelik bagaimana teknik ini berkesan. Ramai juga yang berpendapat bahawa ia hanyalah satu kebetulan.

Namun, nampaknya bukan Ishikawa sahaja yang mengalami nasib sebegitu. Tweet berkenaan turut membuatkan ramai orang berkongsi perkara yang sama – teknik berkenaan ternyata berkesan!

Pet Central

“Ibu saya juga melakukan perkara yang sama selepas kucingnya hilang selama 2 hari. Dia menceritakan kisah kucingnya kepada kucing jalanan dan keesokan harinya, kucing kesayangannya itu pulang!”, kongsi seorang pengguna.

Manakala seorang lagi pengguna berkata, “Saya mencari kucing saya dengan setin makanan kucing dan ketika itu terdapat kucing jalanan. Saya bercakap dengannya. Tidak lama kemudian, kucing saya muncul.”

“Apabila kucing saya hilang, seekor kucing terbiar melalui kawasan rumah saya jadi saya bertanya kepadanya akan keberadaan kucing saya. Kucing itu mengiau dan berjalan perlahan ke arah stor lalu mengiau lagi. Kemudian, saya mendengar bunyi kucing saya mengiau daripada bahagian dalam stor!”, kongsi seorang lagi.

“Kucing kami hilang selama berminggu-minggu ketika kami berpindah. Saya meminta bantuan kucing jalanan. Esoknya, kucing itu datang kembali ke rumah bersama kucing saya. Saya terkesima!”

Untuk pengetahuan anda, teknik ini juga berkesan untuk anjing juga. Terdapat juga seorang pengguna yang berkongsi kisah anjingnya hilang pada satu hari dan kemudiannya pulang ke rumah bersama dengan kucing terbiar yang bertanggungjawab membantunya. Apa kata anda cuba dan kongsikan pengalaman anda bersama dengan kami.

Sumber: Cocomy

Maybe you're interested :

Share

Video Popular