Menurut laporan The Star, populasi golongan lelaki di negara ini telah melebihi populasi golongan wanita pada suku pertama tahun 2019. Menurut Jabatan Perangkaan, populasi rakyat Malaysia kini adalah seramai 32.66 juta.

Untuk pengetahuan anda, berdasarkan jumlah keseluruhan sebentar tadi, seramai 29.331 juta adalah warganegara manakala selebihnya (3.35 juta) pula bukan warganegara.

New Straits Times

Datuk Seri Dr. Mohd Uzir selaku Ketua Perangkawan mendedahkan bahawa populasi golongan lelaki kini berada pada tahap 16.86 juta sementara populasi kaum wanita pula pada 15.8 juta.

Ini menandakan bahawa terdapat lebihan sebanyak 1.06 juta golongan lelaki di negara ini. “Nisbah jantina masih kekal pada 107 orang lelaki untuk setiap 100 orang wanita,” jelasnya.

Dalam pada itu, Moh Uzir turut berkongsi bahawa Selangor merupakan negeri yang mempunyai jumlah penduduk tertinggi dengan 6.54 juta orang manakala Putrajaya pula merekodkan jumlah populasi terendah di Malaysia iaitu hanya 92,640 orang sahaja.

Free Malaysia Today

Beliau turut menjelaskan bahawa populasi suku pertama penduduk di Malaysia pada tahun 2019 ini mencatatkan sedikit peningkatan iaitu sebanyak 1.1% jika dibandingkan dengan suku pertama tahun 2018, di mana keseluruhan populasi hanya pada 32.29 juta.

Menurutnya lagi, populasi penduduk yang berumur 14 tahun ke bawah pula mencatatkan penurunan daripada 7.71 juta pada tahun 2018 kepada hanya 7.69 juta pada tahun ini.

Selain daripada itu, bilangan mereka yang berumur 15-64 tahun (umur bekerja) pula telah meningkat kepada 22.80 juta tahun ini berbanding hanya 22.51 juta pada tahun lalu.

Mohd Uzir juga menyimpulkan bahawa jumlah mereka yang berumur 65 tahun ke atas turut mencatatkan peningkatan daripada 2.07 juta kepada 2.17 juta dalam tempoh jangka masa yang sama. Trend ini menunjukkan bahawa Malaysia sedang mengorak langkah seiringan bersama negara-negara maju ke arah penuaan masyarakat.

Sumber: The Star

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular