Buah naga atau ‘Epiphytes’ atau ‘Pitaya’ merupakan tanaman popular orang asli Aztec di Amerika Selatan pada abad ke-13. Kini, buah yang mengandungi banyak zat makanan seperti vitamin B1, B2, B3, C dan lain-lain ini banyak ditanam di Mexico, Argentina, termasuklah Asia seperti Vietnam, Thailand, Indonesia dan Malaysia.

serilaman

Buah ini memberi banyak manfaat pada kesihatan kita dan 7 khasiat buah naga untuk kecantikan kulit yang masih ramai tidak tahu adalah seperti berikut:

doktorsehat

1. Boleh dijadikan masker

berandacantik.blogspot.com

Ramai orang yang memilih produk kecantikan wajah yang berasaskan alam semula jadi seperti buah-buahan. Ini kerana buah itu sendiri dapat memberi manfaat kepada kulit contohnya buah naga.

Caranya ialah ambil isi buah naga dan kisar sehingga halus. Tapiskan hampasnya dan lumurkan pada bahagian badan yang diinginkan seperti masker. Fungsi menggunakan masker buah naga ialah sebagai antioksidan kulit serta mengelakkan radikal bebas.

2. Membantu mengatasi masalah jerawat

Baik wanita mahupun lelaki, jerawat adalah perkara yang paling ditakuti kerana dengan adanya jerawat terutama pada wajah, keyakinan diri boleh menurun serta memberi tekanan pada diri.

Namun dengan adanya buah naga, masalah jerawat dapat diatasi dengan cara menyapu isi buah naga pada kawasan wajah yang berjerawat secara berterusan. Vitamin C yang terkandung dalam buah naga boleh membantu menyembuhkan jerawat dan sekali gus menjadi antioksidan yang baik.

3. Mencegah penuaan pramatang

cosmopolitan

Untuk pengetahuan anda, tanda-tanda penuaan pramatang boleh muncul pada bila-bila masa sahaja. Kedutan di wajah memang sukar dihilangkan. Oleh itu, banyakkan makan buah naga kerana Vitamin E yang terkandung di dalam buah ini boleh mencegah tanda-tanda penuaan pramatang pada kulit kita.

4. Mencerahkan kulit

Tidak dinafikan ramai orang mengidamkan kulit yang cerah. Kandungan vitamin B3 di dalam buah naga dapat membantu mencerahkan kulit.

5. Memulihkan kulit yang terkena selaran matahari (sunburn)

Jika kita kerap terdedah kepada sinaran matahari dalam jangka masa yang lama, kulit kita memang akan terkena selaran matahari (sunburn). Gunakan buah naga sebagai losen dengan mencampurkannya bersama sedikit madu dan timun. Cara ini dipercayai dapat menyamarkan warna kulit sehingga kembali ke warna asal.

kaoskakigrosirku.blogspot.com

6. Melindungi kulit daripada sinaran UV

Pati buah naga dapat melindungi kulit daripada sinaran UV. Caranya ialah sapu pati buah naga pada kulit badan.

7. Membantu penjanaan kulit

Proses penjanaan kulit berlaku melalui penggantian sel-sel kulit yang telah mati dengan sel-sel kulit yang baharu. Ketika proses ini berlaku, kulit menjadi kering dan pasti kita berasa tidak selesa. Oleh itu, kerapkan pengambilan buah naga supaya anda akan mendapat kulit yang cantik, lembut dan licin.

Begitulah antara manfaat buah naga pada kulit. Tidak rugi rasanya jika anda cuba menggunakan buah naga untuk mencantikkan kulit anda. Dicadangkan agar anda memilih buah naga yang berkualiti supaya mendapat hasil yang memuaskan. Selamat mencuba!

Sumber: muhrid

Maybe you're interested :

Share

Video Popular