Hari ini penggunaan media sosial adalah sebuah keperluan sehari-hari. Segala berita terkini, isu dan maklumat dikongsi dan dibincangkan di media sosial. Melalui media sosial, segala info yang kita mahukan boleh didapati dengan mudah. Apa yang kita perlukan ialah hanya menekan papan kekunci dan masukkan maklumat yang kita mahukan. Namun, tahukah anda sebenarnya media sosial juga memberi impak negatif kepada kita?

Tidak tahu sama ada anda perasan atau tidak, ada banyak kebetulan yang aneh berlaku ketika kita menggunakan media sosial. Contohnya Facebook mengiklankan tentang produk yang menjadi topik perbincangan kita bersama kawan-kawan. Tanpa perlu menaip atau mencarinya di Facebook, iklan tersebut terpapar secara kebetulan. Aneh bukan? Adakah itu semua memang sebuah kebetulan atau ada pihak yang sedang mengintip kita?

tylerashleighmears

Wartawan Tyler Mears yakin bahawa Facebook mengintip kita. Dia menyimpulkan perkara ini selepas dua iklan muncul secara rawak. “Semuanya bermula apabila saya perlu untuk membuang air kecil… saya dan pasangan saya baru-baru ini telah membeli ‘campervan’ dan bercakap tentang peranti urin wanita dan betapa bergunanya alat itu untuk diletakkan di dalam van,” jelas Mears.


amazon.com , depositphotos.com

Mereka berdua ketawa berdekit-dekit ketika itu dan hanya selepas beberapa hari selepas itu mereka terkejut kerana muncul sebuah iklan mengenai alat peranti urin wanita di ‘timeline’ Facebooknya. Bukan hanya Mears, ibunya juga melihat iklan peranti yang sama pada hari berikutnya.

Seorang pengguna Reddit turut aktif membincangkan topik ini. Gundeeep mengatakan bahawa mereka berbual tentang rancangan untuk bercuti ke Kerela. “Dan dalam beberapa minit saya dapat melihat iklan Facebook yang menawarkan pakej perjalanan ke Kerela. Adakah ini satu kebetulan?”

JunkPeddler pula menyedari akan hal itu semasa makan malam bersama keluarganya. Bapa saudaranya yang memandu BMW terpaksa mengambil Uber dan berkata, “BMW tidak mahu hidup (enjinya). Saya perlu membawanya ke mekanik.” Hanya itu sahajalah perbualan mereka ketika itu. Namun selepas itu, lelaki itu mendapat iklan yang memaparkan senarai mekanik BMW di kawasannya di Facebook.

Terdahulu, Adelaide Bracey dari Australia juga melihat iklan sauna yang terpapar di laman Facebooknya selepas berbual dengan teman rapatnya mengenai tab panas. Dia mengatakan bahawa dia tidak mencarinya di Google tetapi iklan tersebut muncul di Facebooknya.

Walaupun semua kebetulan itu aneh, namun masih tiada bukti kukuh dan teori konspirasi tersebut hanya kekal sekadar teori. Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg terus menafikan bahawa rangkaian sosial itu menggunakan mikrofon telefon untuk mengintip dan mendengar perbualan kita.

Baru-baru ini, terdapat banyak insiden seperti ini apabila pengguna Facebook mengadu telah dipaparkan dengan iklan. Sesetengah pengguna telah mendapat iklan mengenai alat pembuat sandwic dan telefon bimbit selepas mereka berbual mengenai perkara tersebut.

Glen Carrie / unsplash

Sekiranya anda ingin melindungi telefon anda daripada diintip, anda boleh melakukan beberapa langkah melalui telefon bimbit anda:

Untuk iPhone:

  • Pergi ke “tetapan” atau “settings”, tatal ke Facebook dan tekan butang tersebut.
  • Pilih “tetapan”.
  • Matikan ‘slider’ untuk “mikrofon”.

Untuk Android:

  • Pergi ke “tetapan” dan leret ke “peribadi” atau “personal”.
  • Pilih “privasi dan keselamatan” atau “privacy and safety”
  • Pilih “kebenaran aplikasi” atau “app permissions”.
  • Pilih “mikrofon”.
  • Cari Facebook dan ‘slide’ kepada “off”.

Adakah anda juga pernah mengalami situasi seperti ini? Berhati-hatilah…

Sumber: BRIGHT SIDE

Maybe you're interested :

Share

Video Popular