Seorang pengurus pengebumian bernama Liu di Taiwan baru-baru ini telah berkongsi  di laman Facebook dalam satu kes yang pernah dikendalikannya serta paling tidak dapat dilupakan. Kisahnya telah membuat hati netizen menjadi sebak.

Menurut laporan China Press, kes tersebut melibatkan seorang warga emas yang tinggal bersendirian di rumahnya. Pada suatu hari, jiran-jirannya telah terhidu bau yang sangat busuk yang datang dari rumah warga emas ini.

Jiran-jiran dengan cepat telah melaporkan kepada pihak berkuasa kerana berasa bimbang sesuatu yang buruk mungkin telah berlaku.

Sekadar Gambar Hiasan

Apabila pihak polis dan jabatan bomba memecah masuk ke rumah warga emas ini, mereka telah menemui dan mendapati wanita warga emas tersebut telah meninggal dunia selama beberapa hari dengan ulat-ulat sudah mula merangkak ke seluruh tubuhnya.

Liu, yang turut berada di tempat kejadian, menyedari terdapat beberapa hidangan dimasak sempurna yang diletakkan di atas meja rumah itu seolah-olah mendiang sedang menunggu kepulangan seseorang untuk satu keraian.

Mereka berjaya menemui kad pengenalan wanita ini dan menghubungi anak lelakinya. Anak lelaki mendiang telah bergegas pulang ke tempat kejadian lalu berasa amat sebak dan hiba apabila mengetahui ibunya telah menyediakan kesemua hidangan kegemarannya pada Hari Ibu.

Sekadar Gambar Hiasan

Kini anak lelaki ini tidak lagi berpeluang menemui kesempatan untuk meluangkan masa dan makan bersama ibu tersayang buat selama-lamanya.

Selepas kembali bertenang, lelaki ini memberitahu Liu bahawa dia bekerja di Singapura dan telah merancang untuk pulang ke rumah pada sambutan Hari Ibu. Malangnya, dia terpaksa menyelesaikan beberapa perkara penting berkaitan pekerjaannya setelah tiba di Taiwan dan tidak pulang ke rumah.

Liu juga memberitahu bahawa warga emas ini sebenarnya seorang ibu tunggal yang membesarkan anaknya bersendirian setelah bercerai. Pada hari kejadian, ibu ini telah pergi ke bilik air untuk mandi selepas menyiapkan hidangan tersebut apabila tiba-tiba mengalami serangan jantung dan rebah. Mayatnya yang sudah mula mereput hanya dijumpai 4 hari kemudian.

Sekadar Gambar Hiasan

Liu berkongsi kisah ini di media sosial untuk mengingatkan para netizen bahawa tiada pekerjaan yang lebih penting melainkan meluangkan masa berkualiti bersama ibu bapa yang sentiasa menunggu di rumah, sementara mereka masih hidup.

Maka, bertindaklah sebelum semuanya sudah terlambat dan diri pula terus diselubungi penyesalan.

Sumber : Ling Yi Gong She/Facebook , China Press, World of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular