PUTRAJAYA – Dengan ancaman perubahan iklim yang tidak dapat dipulihkan menjadi kebimbangan utama di seluruh dunia, maka tidak hairan banyak negara telah beralih kepada sumber tenaga bersih dan boleh diperbaharui untuk memenuhi keperluan tenaga dengan tanggapan yang lebih praktikal daripada hari ini, hasil perkembangan teknologi.

Kini Malaysia juga sedang menuju ke arah teknologi hijau dan sedang meletakkan sasaran untuk memasang semua bumbung bangunan di Semenanjung Malaysia dengan panel solar. Berbanding dengan proses konvensional menghasilkan tenaga elektrik melalui pembakaran bahan api fosil, panel solar akan dapat menjana lebih banyak tenaga elektrik dengan 1.4 kali ganda.

NST

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata Semenanjung Malaysia mempunyai 4.12 juta bangunan yang berpotensi untuk menempatkan panel solar di atas bumbung mereka. Beliau menambah bahawa 34,194 megawatt (MW) kuasa besar boleh dihasilkan pada satu-satu masa sekiranya bangunan ini dipasang dengan sistem solar photovoltaic (PV).

Pada masa ini, Malaysia menghasilkan purata hanya 24,000 MW pada satu-satu masa.

“Sekiranya kita membekalkan bumbung dengan tenaga solar, kita berpotensi untuk menghasilkan lebih banyak tenaga elektrik daripada jumlah yang dijana di Malaysia,” kata Yeo Bee Yin di pejabat Lembaga Kemajuan Tenaga Lestari (SEDA) pada 14 Mei.

The Star

Daripada jumlah tenaga elektrik yang dihasilkan oleh Malaysia, hanya 2% daripadanya berasal dari sumber tenaga boleh diperbaharui. Ini bermakna bahawa sebahagian besar penjanaan tenaga negara masih berasal dari sumber bahan api fosil seperti minyak, arang batu atau gas asli, yang mana kesemua sumber ini semakin terhad.

Menurut The Star , pihak kementerian telah mensasarkan bangunan komersil dan perindustrian untuk menjadikan tenaga suria sebagai sumber bekalan utama tenaga elektrik dan menjadi pelopor bagi skim Net Energy Metering (NEM) yang disemak semula kerana mereka sedang menetapkan sasaran bagi meningkatkan campuran tenaga diperbaharui di Malaysia dari 2% sehingga 20% menjelang tahun 2030.

ERS

Tarif yang lebih rendah, insentif cukai, program pajakan solar dan bil elektrik yang rendah akan ditawarkan di bawah skim NEM kepada mereka yang memilih untuk menggunakan tenaga solar.

Bagi tahun 2019, kuota NEM sebanyak 500 MW akan diperuntukkan, dengan 450 MW untuk tujuan bangunan komersial dan perindustrian manakala baki 50 MW akan diberikan untuk bangunan kediaman.

Star2

Yeo Bee Yin berkata sambutan yang diberikan terhadap skim NEM yang disemak semula amat positif kerana terdapat peningkatan pada kadar pengambilan NEM pada tahun ini.

Katanya, “Sehingga bulan Mei 2019, sebanyak 16.6 MW NEM telah diluluskan dalam empat bulan pertama tahun 2019, berbanding kapasiti kelulusan sebanyak 18.24 MW pada tahun 2018.”

Sumber : The Star

Maybe you're interested :

Share

Video Popular