Tidak lengkap rasanya makan tanpa pencuci mulut. Ada antara kita yang suka makan sesuatu yang manis selepas makan makanan berat seperti nasi dan lauk pauk. Bagi yang tidak begitu rajin membuat pencuci mulut mereka biasanya akan menikmati buah-buahan yang ada di dalam peti ais. Apa yang penting mesti ada pencuci mulut sebagai pelengkap hidangan!

Namun, bagi anda yang berkelapangan dan rajin mencuba sesuatu yang baharu, suka memasak atau membakar pastinya tidak sabar untuk membuat pencuci mulut sendiri. Mungkin anda boleh mencuba resipi pai epal ini. Apa yang menariknya ialah resipi kali ini bukan seperti resipi yang biasa kerana ia adalah resipi pai epal yang ‘sebenar’!

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan:

  • Epal
  • Coklat
  • Kulit pastri
  • Gula perang
  • Karamel

Cara-cara membuatnya:

1. Kupas kulit epal terlebih dahulu. Buang tangkai dan bahagian tengah epal. Pastikan ada ruang kosong di tengah-tengah epal.

2. Salut buah epal dengan gula perang hingga rata.

3. Ambil kulit pastri dan potong secara memanjang.

4. Kemudian, balut epal menggunakan kulit pastri yang telah dipotong tadi.

5. Hiaskan sedikit epal mengikut kreativiti anda, seperti daun epal.

6. Letakkan coklat dan kemudian tuangkan sos karamel di bahagian tengah-tengah epal.

7. Bakar epal tersebut selama 15 minit dengan kepanasan ketuhar 350 darjah fahrenheit atau sekitar 175 darjah celcius.

8. Keluarkan pai epal dan sudah boleh dihidang.

Lihat sahaja hasilnya pun sudah cukup membangkitkan selera. Benarkan pai epal ini bukan biasa-biasa? Inilah pai epal yang SEBENAR!

Jadi, apa tunggu lagi? Selamat mencuba!

Sumber: FACEBOOK | CHEFCLUB NETWORK

Maybe you're interested :

Share

Video Popular