Siapa sangka, setenang-tenang air di lautan, akan muncul satu makhluk besar yang mengejutkan?

Itulah yang dapat dibuktikan menerusi rakaman ini yang menunjukkan seekor ikan paus Humpback secara tiba-tiba keluar daripada air yang mengejutkan nelayan berhampirannya.

Video ini dirakamkan oleh Douglas Croft, 60 tahun, dan seorang pemerhati ikan paus, Kate Cummings.

Cater Clip|Youtube

Difahamkan kejadian itu berlaku di Monterey Bay, Kanada. Menurut Douglas, “Ia agak mengujakan! Musim ikan salmon bertepatan dengan waktu ikan paus ini pulang ke Monterey Bay bagi mencari makan pada musim panas dan kerana itulah kita dapat lihat beratus-ratus bot nelayan di sana.

Ikan paus ini difahamkan telah beberapa kali lompat keluar daripada laut sebelum itu dan terus melakukannya.

Douglas Croft/Caters

“Saya pergi ke bawah dek untuk merakam dengan menfokuskan daripada sudut berhampiran dengan saluran air. Itulah yang memberikan perspektif menakjubkan untuk melihat ikan paus.

Kejadian itu berlaku secara langsung di belakang bot nelayan, berjaya menunjukkan saiznya. Oleh kerana bot itu lebih dekat, ia kelihatan agak besar, namun ikan paus itu lebih besar!

Douglas Croft/Caters

Kate berkata, “Teruja kerana berjaya merakamkan video tersebut. Ikan paus itu telah beberapa kali melompat keluar daripada air walaupun agak jauh daripada nelayan. Namun, ketika mereka keluar melompat, mereka sebenarnya sedang menuju ke satu arah spesifik kerana apabila berada di bawah air, mereka membina momentum untuk keluar melompat seterusnya.

Saya menjangkakan dia akan keluar melompat berhampiran dengan nelayan dan nampaknya ia tepat! Saya tidak menyangka ikan paus itu betul-betul keluar selari dengan kedudukan bot.

Boleh dikatakan aksi melompat keluar daripada laut agak mengujakan orang ramai, namun kadang kala spesies ini amat membantu juga. Hal ini kerana sebelum kejadian itu, terdapat seekor paus beluga pintar menggemparkan dunia apabila memulangkan telefon bimbit seorang wanita yang secara tidak sengaja tercampak ke laut.

Ina Mansika ketika itu berada di pelabuhan untuk melihat paus beluga berkenaan yang dipercayai merupakan perisik Rusia yang dilatih oleh tentera laut.

isa.opdahl|Instagram

Sehinggalah telefonnya tercampak, membuatkan paus tersebut berenang masuk ke dalam air dan memulangkan telefon bimbitnya.

“Kami sedang duduk di dok bagi melihat paus itu dengan harapan agar dapat mengusapnya. Saya terlupa untuk menutup poket jaket saya menyebabkan telefon saya tercampak ke dalam laut. Kami fikir ia akan hilang buat selama-lamanya sehinggalah paus itu menyelam ke dalam beberapa minit lalu membawa telefon itu keluar pada mulutnya!”

Sumber: LadBibleCater Clip|Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular