Kesedaran mengenai kesan buruk penggunaan plastik terhadap alam sekitar nampaknya mendapat tindak balas positif dan ramai pihak yang mengambil inisiatif untuk mengurangkan penggunaan plastik.

Menurut BBC News, seorang penjelajah laut Amerika bernama Victor Vescovo baru-baru ini telah memecahkan rekod dunia kerana telah menyelam dasar laut yang paling dalam dengan menggunakan kapal selam. Aktiviti tersebut telah dilakukan di Pacific Ocean’s Mariana Trench, yang mana merupakan kawasan paling dalam yang diketahui oleh hidupan.

CNN

CNN

Pada 1 Mei lalu, Vescovo telah menyelam sejauh 11 kilometer ke dalam lautan dan menghabiskan masa selama empat jam untuk menjelajahi laut.

Penjelajah laut dalam itu dan pasukannya juga percaya mereka telah menemui spesies baharu yang menyerupai udang crustaceans serta batu berwarna terang yang terbentuk melalui ‘microbes’.

Walau bagaimanapun, semasa lawatan selama empat jam itu, Vescovo juga telah menemui beg plastik dan pembalut gula-gula di kawasan lautan yang paling dalam.


Stuff

BBC NEWS|Youtube

Ekoran penemuan itu, Vescovo dan pasukannya telah memutuskan untuk menguji beberapa hidupan yang terdapat di kawasan itu untuk melihat jika mereka mengandungi mikroplastik.

Mikroplastik adalah bahan pencemar yang baharu ditemui. Mereka adalah zarah plastik mikroskopik yang terdapat di air dan udara. Bahan-bahan ini juga cukup halus untuk memasuki badan-badan haiwan, kehidupan marin dan manusia, seterusnya memberi kesan kepada kesihatan kita.

Negara-negara di seluruh dunia telah dianjurkan untuk mengurangkan penggunaan plastik dan Malaysia juga tidak terkecuali. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin baru-baru ini telah mengumumkan bahawa negara kita akan berusaha ke arah menjadi negara tanpa penggunaan plastik pada tahun 2030.

Sumber: BBC NEWSBBC NEWS|Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular