Baru-baru ini, Facebook telah melancarkan satu platform baharu iaitu Facebook Dating di Malaysia setelah mencatatkan pelbagai kejayaan di 19 negara lain sebelum ini…

Menerusi aplikasi Facebook Dating, hanya nama pertama dan umur sahaja yang dipaparkan pada ruangan profil. Butiran peribadi lain dan juga gambar pula boleh diubah berdasarkan pilihan masing-masing.

KL Gadget Guy

Tujuannya adalah untuk melindungi data peribadi pengguna Facebook daripada didedahkan kepada umum sehingga menyebabkan berlakunya jenayah kecurian maklumat.

Bagaimanapun, terdapat juga kebarangkalian untuk pengguna Facebook di Malaysia tertipu dengan penggodam-penggodam tidak bertanggungjawab.

Oleh demikian, pihak Polis Diraja Malaysia mengambil keputusan untuk berkongsi sedikit panduan kepada para pengguna Facebook bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin…

Mashable

Dalam entri terbaru di Facebook rasmi PDRM, pihak polis telah mengemukakan soalan kepada orang ramai untuk mengetahui jika ada sesiapa yang pernah menggunakan ciri terbaru Facebook itu. Selepas memberikan penerangan tentang fungsi ciri itu, PDRM kemudiannya berkongsi beberapa tips dan panduan tentang cara pengguna melindungi diri mereka daripada ditipu ketika mencari jodoh.

  1. Jangan berikan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat, maklumat kewangan, nombor telefon, lokasi pekerjaan dan sebagainya
  2. Abaikan perbualan daripada individu tidak dikenali yang meminta wang atau sumbangan kewangan
  3. Jangan 100% percaya maklumat yang dipaparkan di profil individu yang anda ingin temui. Lakukan pemeriksaan latar belakang terlebih dahulu sebelum membuat perancangan untuk bertentang mata
  4. Sentiasa maklumkan ahli keluarga tentang lokasi pertemuan anda dengan individu terbabit dan jam berapa yang anda jangka akan pulang ke rumah
  5. Elakkan bertemu di kawasan yang gelap dan sunyi
  6. Ikut gerak hati. Rasa tidak sedap hati itu mungkin merupakan petunjuk untuk anda tidak meneruskan rancangan tersebut

Sumber: PDRM

Maybe you're interested :

Share

Video Popular