Remaja lelaki ini tidak pernah tahu atau belajar menjahit. Tetapi, demi rakan baiknya, dia mengambil keputusan untuk menjahit sendiri gaun impian pasangannya sempena majlis prom.

Niat Parker Smith untuk menjahit gaun tersebut sempena majlis prom di Sekolah Tinggi Pendleton Heights di Indiana timbul apabila pasangannya yang bernama Addi Rust telah menemui gaun pilihan hati namun harganya terlalu mahal…

Pada Februari lalu, Addi dalam nada gurauan telah berkata, “Parker, apa kata awak sahaja yang buat gaun prom saya!”

Bagaimanapun, Parker memandang serius akan permintaan tersebut lantas berusaha untuk membuat cubaan menjahit pertamanya!

Berbulan-bulan masa diambil oleh pelajar ini untuk menyiapkan gaun tersebut. Bermula dengan mempelajari asas menjahit termasuklah menuntut ilmu dan tips berguna daripada neneknya sendiri, Parker memulakan misinya secara perlahan-lahan.

“Saya adalah seorang yang mementingkan kesempurnaan. Pada malam sebelum majlis, saya masih lagi menambah batu-batu permata pada gaun itu.”

Menurut perkongsian Addi pula, berita mengenai gaun tersebut bukanlah satu kejutan buat dirinya. Malah, Addi turut mengetahui rupa dan setiap proses jahitan yang dilakukan oleh Parker.

Bagaimanapun, Addi tetap berasa terharu sehingga mengalirkan air mata apabila melihat Parker membawa gaun tersebut untuk digayakan pada malam itu.

Addi turut mengambil kesempatan tersebut untuk memberikan pujian kepada Parker di laman Twitter atas kesanggupannya menjahitkan gaun terbaik bagi menyempurnakan majlis prom itu. Sesungguhnya, ini adalah salah satu detik yang membahagiakan buat Addi sepanjang hidupnya…

“Parker menjahitkan gaun prom saya daripada awal dan saya masih lagi terkelu. Saya sangat bertuah kerana mempunyai rakan baik seperti Parker!” kata Addi.

Pengalaman ini membuatkan Parker semakin terinspirasi untuk menjahit lebih banyak pakaian. Bukan sahaja itu, Parker juga berhajat untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang rekaan kostum dan teater muzikal bagi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang pereka kostum Broadway.

Sumber: Daily Mail@parkerkeithsmit|Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular