PATTAYA: Insiden seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang memanjat penghadang balkoni di sebuah hotel sebelum terjatuh pada Ahad yang lalu.

thaivisa

Memetik laporan Ruk Siam News, kejadian yang berlaku kira-kira 5 pagi Ahad lalu di sebuah hotel yang terletak di Pantai Jomtien, bandar ini.

Dalam kejadian berkenaan, kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dipercayai mengalami masalah berjalan ketika tidur dikatakan terjatuh dari aras 11 hotel berkenaan .

Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak malang itu berlari di koridor dan kelihatan seperti cuba mencari bilik yang didiaminya.

Setelah gagal membuka pintu sebuah bilik, dia kemudian dilihat memanjat penghadang balkoni dan bergantung pada selusur sebelum terjatuh dari tingkat 11.

Kanak-kanak berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan akibat patah tangan dan kaki.

Menurut laporan media tempatan, bapa mangsa Decha Sukphlam, yang juga seorang pegawai imigresen tertidur akibat kepenatan dan tidak sedar anaknya keluar dari bilik.

“Saya tidak tahu berapa lama dia meninggalkan bilik sehinggalah dimaklumkan oleh kakitangan dan saya terus mencari setiap tempat,” katanya yang dipetik Daily Mail.

Malah, dua beranak itu yang datang dari wilayah Srisaket dikatakan menginap di hotel berkenaan selepas menghadiri seminar.

Kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke Hospital Chonburi dan ditempatkan di unit rawatan rapi.

Pasukan penyiasat kini menyiasat kes berkenaan.

Susulan rakaman kamera litar tertutup menunjukkan insiden tersebut:

samihussein|YouTube

Sumber: Astro Awani, Daily Mail

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular