Apabila seorang anak kecil merosakkan barangan yang mahal di sebuah kafe, siapakah yang harus dipertanggunjawabkan? Seorang wanita bernama Zhang telah membawa bersama anak lelakinya yang berusia 3 tahun untuk minum petang di sebuah kafe yang terletak di daerah Songshan, Taiwan.

Zhang tidak menyangka anak kecilnya akan menyentuh dan merosakkan sistem audio dengan speaker fideliti tinggi yang amat mahal harganya. Pemilik kafe yang melihat insiden tersebut kemudian telah menuntut ganti rugi.

Akan tetapi, 3 hari kemudian Zhang telah kembali ke kafe tersebut dengan membawa rakannya dan menafikan segala tuduhan sambil meminta pemilik kafe menunjukkan bukti rakaman CCTV bahawa anak kecilnya yang telah merosakkan sistem audio tersebut. Tindakannya telah mengundang kemarahan pemilik kafe.

Menurut pemilik kafe ini, Zhang telah membawa anak kecilnya yang berusia 3 tahun ke kafenya dan dia kelihatan sangat lasak dan tidak mahu duduk diam sebelum kejadian itu berlaku. Pekerja di kafe telah memberi amaran sehingga 5 kali sambil berkata, “Adik, jangan sentuh benda itu!”

Tetapi perkara yang tidak dijangka telah berlaku, selepas anak kecil ini mendengar bunyi yang agak menarik, dia menuju ke arah speaker itu dan meletakkan badan di atasnya.

Pemilik kafe kemudian telah mendengar bunyi ‘pop’ dan dia tidak sempat menghalang anak kecil ini lalu berfikir speaker ini tentu sudah pecah dan bocor akibat terkena tusukan daripada sentuhan anak kecil tersebut.

Darahnya berderau mengenangkan sistem audio itu telah dirosakkan. Ketika Zhang bertanya bagaimana dia boleh menyelesaikan masalah pemilik kafe ini, hatinya tersentak dan tidak dapat berkata apa apabila diberitahu bahawa sistem audio fideliti tinggi buatan Jerman itu berharga NT$900,000 (RM120,643.43)!

Kemudian Zhang bertanya mengapa mereka meletakkan sistem audio yang mahal di dalam kafe itu. Pemilik kafe berkata pihak mereka telah meletakkan tanda amaran di sebelah speaker itu dan juga pada menu, begitu juga ketika para pelanggan sedang duduk menikmati minuman dan hidangan, amaran serta langkah berjaga-jaga itu turut diberikan. Katanya, “Kami telah memberitahu amaran itu dalam pelbagai cara, tetapi kamu masih mahu mengecam?”

Adakah sebagai seorang mangsa, mereka perlu melihat dan memikirkan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain itu sekali lagi?

Selepas berbincang, kedua-dua belah pihak telah membuat keputusan untuk membaiki dahulu speaker yang mahal itu di Jerman dan membincangkan hal ganti rugi di kemudian hari. Mereka telah membuat laporan polis ekoran kejadian ini.

Tetapi 3 hari kemudian, Zhang telah datang kembali ke kafe tersebut bersama rakannya dan bertanya kepada pemilik kafe dengan soalan, “Bagaimana kamu boleh pasti bahawa anak saya yang merosakkan sistem bunyi itu? Adakah CCTV telah merakamkan saat di mana anak saya meletakkan tangan lalu membocorkannya?”

Pemilik kafe berasa amat terkejut dan kecewa. Dia menyedari Zhang juga telah melihat kejadian itu dan tahu apa yang berlaku. Dengan nada marah dia bertanya kepada Zhang, “Kita pun sudah sama-sama membuat laporan polis, kini kamu mahu katakan saya menipu dan membuat laporan palsu?”

Zhang menjawab, “Oleh kerana saya berasa takut pada hari itu, jadi saya juga membuat laporan polis.”

Kemudian pemilik kafe bertanya, “Jadi, jika hari ini kamu tidak dapat melihat rakaman CCTV itu, adakah kamu enggan membayar ganti rugi?”

Dan rakan Zhang menjawab, “Ya!”

YouTube

Peguamnya pula menjawab, minuman di kafe hanya berharga sekitar NT$70 (RM9.00) hingga NT$80 (RM10.00) tetapi pemilik meletakkan sistem audio berfideliti tinggi yang mahal harganya, amat tidak sesuai dan berbaloi dengan harga minuman.

Manakala pemilik kafe pula berkata, dia tidak mempunyai pilihan apabila speaker itu telah dirosakkan melainkan dengan menghantarnya untuk diperbaiki bagi mengelakkan nilainya terus jatuh. Adakah dengan menjual kopi yang berharga NT$80 (RM10.00) itu mahal? Zhang boleh membeli kopi di kedai serbaneka, tetapi mahu minum di kafe dan anaknya telah merosakkan produk berharga NT$900,000 dan kini dia enggan membayar ganti rugi?

Tambah pemilik kafe, sambil menikmati minuman dan hidangan lain, Zhang bebas mendengar muzik daripada sistem audio berkualiti tinggi. Zhang boleh duduk di dalam kafe itu selama mana yang dia mahu. Kafe ini memberikan pengalaman mendengar muzik yang mendamaikan sambil meminum secawan kopi atau teh.

YouTube

Adakah ia satu perbuatan yang salah? Kini, akibat menuntut ganti rugi pada harga yang dirasakan oleh pelanggan sebagai tidak masuk akal, maka dia telah dikecam kerana meletakkan barangan yang mahal di dalam kafe itu.

Pemilik kafe telah ditanya oleh ramai pelanggan, mengapa tidak terus sahaja melarang semua kanak-kanak daripada memasuki kafe itu? Katanya, ibu ini tidak mahu duduk dengan baik bersama anak kecilnya sambil menikmati minum petang dengan pencuci mulut. Kini dia telah datang membawa pemberita dan ahli politik. Maka, pemilik kafe ini tidak boleh berdiam diri dan menerima sahaja segala tuduhannya.

YouTube

Ekoran insiden ini, ramai netizen yang memberi komen sambil mempertahankan tindakan dan tuntutan pemilik kafe tersebut. Ada yang mencadangkan supaya hanya kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan memasuki kafe tersebut. Menurut seorang peguam yang memberi pandangan secara logik, “Jadi, kalau begitu dengan membayar NT$30 (RM4.00) untuk menaiki kereta api MRT yang berharga ratusan juta dolar Taiwan juga tidak sesuaikah?”

Tambahnya, “Pemilik dan pekerjanya telah mengingatkan anak kecil yang lasak ini bersama ibunya sebanyak beberapa kali supaya tidak menyentuh sistem audio itu dan ia sangat ketara kerana terdapat saksi dan bukti, jadi mengapa pula dia menjadi pihak yang bersalah? Tidak semua perkara sebenar menjadi benar apabila kamu menjemput pemberita dan ahli politik untuk campur tangan.”

Lihat rakaman video di bawah.

YouTube

Sumber : Cocomy

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular