Ia merupakan satu hari pada musim panas yang normal di Rand R Garage, di Utara Carolina sehinggalah seekor ayam jantan secara tiba-tiba menghampiri bengkel dan seperti tidak mahu meninggalkan garaj tersebut!

Para pekerja di sana beranggapan bahawa ayam berkenaan telah diabaikan dan mereka mula memberinya lebihan makanan yang terdapat di dalam peti ais garaj itu.

Ketika mereka cuti pada hujung minggu, mereka berpendapat bahawa ayam tersebut akan pergi ke tempat lain. Namun, apabila para pekerja mula bekerja semula, ayam jantan tersebut masih lagi di bengkel berkenaan dan mereka menamakannya Earl.

Joe Gallo

Earl tidur pada pokok berhampiran namun jika cuaca tidak begitu baik, setiap pekerja bengkel tersebut akan memastikan Earl selamat di dalam.

Pada setiap pagi, Earl akan ‘menyambut’ kedatangan ‘rakan sekerjanya’ dengan girang. Ia seperti satu rutin harian yang begitu dinikmati oleh Earl.

Joe Gallo

“Earl akan berlari datang apabila melihat pekerja pertama datang untuk membuka bengkel. Earl akan makan kemudian mundar mandir di sekitar bengkel bagi mencari apa-apa serangga yang boleh dimakan. Earl akan berjalan daripada bekas-bekas peralatan sehinggalah ke kerusi bagi mencari labah-labah atau apa sahaja,” jelas Joe Gallo selaku pemilik bersama Rand R Garage.

Joe Gallo

Selepas pemburuan sarapan paginya, Earl akan akan mengikut para pekerja di sekitar garaj dan melepak bersama. Mungkin Earl merasakan bahawa dirinya merupakan sebahagian daripada mereka yang bekerja di garaj tersebut.

“Earl akan datang, kemudian baring dan tidur di bawah kereta yang sedang dibaiki. Earl tidak kisah akan bunyi bising ataupun orang yang berjalan di sekitarnya. Earl juga boleh tidur di hadapan pintu pejabat sehinggakan kami kadang kala terlanggarnya beberapa kali.”

Joe Gallo

Earl begitu gembira di ‘tempat kerjanya’………

Joe Gallo

 … dan semua orang di garaj berkenaan seperti sudah menerima bahawa skop kerja mereka adalah bekerja dengan ‘maskot’ ayam jantan

Joe Gallo

Earl telah ‘bekerja’ dalam tempoh yang lama di bengkel tersebut dan kini ayam jantan itu nampaknya semakin popular dalam kalangan masyarakat tempatan.

Garaj berkenaan juga difahamkan sedang dalam proses mengubah logo dan menghasilkan baju seragam yang melibatkan Earl bagi menunjukkan bahawa Earl adalah sebahagian daripada mereka secara rasmi.

“Kami tidak percaya akan perhatian yang diraih oleh Earl…ia kini telah menjadi gosip di sekitar pekan. Terdapat juga pelanggan yang akan membawa keluarga dan rakan mereka bersama untuk melihat Earl ketika mereka datang untuk mengambil kereta selepas dibaiki,” tambah Joe.

Joe Gallo

Apa yang pasti, tiada siapa pun yang tahu dari mana Earl datang dan mengapa Earl memilih R and R Garage sebagai rumahnya namun semua orang gembira dengan kehadirannya dan sepenuh hati menganggapnya sebagai sebahagian daripada keluarga R and R Garage.

Sumber: The Dodo, Rand R Garage|Facebook

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular