Semua orang tahu bahawa muzium terbesar di Malaysia terletak di negeri Terengganu. Namun, fakta itu nampaknya akan berubah apabila Sarawak dikatakan akan menjadi lokasi muzium terbesar menjelang tahun 2020.

Menurut Borneo Post, Kampus Muzium Sarawak yang sedang dibina akan dibuka kepada orang ramai pada September 2020. Terletak di ibu kotanya, Kuching, muzium itu akan menempatkan beratus-ratus artifak sejarah dan akan diisytiharkan secara rasmi sebagai muzium kedua terbesar di Asia Tenggara. Muzium tersebut dikatakan mempunyai lima tingkat dengan keluasan kira-kira 31,000 meter persegi.

Projek itu dianggarkan menelan kos kira-kira RM308 juta. Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata antaranya ialah,

“Seperti yang anda ketahui, ini akan menjadi kebanggaan rakyat Sarawak. Saya telah mengulangi bahawa kita tidak akan mempromosikan Sarawak sebagai syurga membeli-belah, tetapi kita akan mempromosikan Sarawak sebagai warisan dan alam sekitar.”

“Sebab itulah saya percaya kerajaan negeri telah memulakan sebuah pembinaan muzium yang sangat besar yang juga kedua terbesar di Asia Tenggara.”

Foto-foto muzium telah mula tular di media sosial membuatkan ramai yang kagum dengan keindahan seni bina dan strukturnya. 

Thomas Tong|Facebook

Thomas Tong|Facebook

Muzium ini juga akan mempunyai pautan pejalan kaki ke Muzium Sarawak lama, Muzium Sejarah Alam dan Muzium Seni yang akan menghubungkan antara satu sama lain.

Kampus Muzium Sarawak direka oleh sekumpulan arkitek yang diketuai oleh Dato ‘Sri Ar John Lau Kah Sieng, arkitek pertama Sarawak yang telah melaksanakan projek utama di Afrika, Hong Kong, China, Emiriah Arab Bersatu, Singapura dan di Malaysia sendiri.

Sumber: World of Buzz, Sarawak The Hornbill Land|Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular