Kakak atau abang selalunya akan mengalah dengan adik yang lebih muda dalam banyak perkara seperti perebutan mainan, perebutan untuk melihat rancangan televisyen kegemaran dan bermacam lagi.

Si adik pula sering menggunakan peluang tersebut dengan alasan dialah yang paling muda, dan sepatutnya diberikan layanan ‘istimewa’.

sfbaysuperbowl/Gambar Hiasan

Kajian yang dijalankan secara atas talian oleh YouGov pada 22-29 Mac lalu melibatkan 27,125 rakyat Amerika Syarikat yang berusia 18 tahun ke atas.

Untuk dianggap tidak berat sebelah, responden kaji selidik tersebut terdiri dari adik-adik yang lebih muda dan kakak atau abang yang lebih tua.

SmallJoys/Gambar Hiasan

Hasil kajian yang diperoleh mendapati bahawa 48% responden yang mempunyai adik-beradik beranggapan bahawa merekalah yang lebih melucukan daripada adik-beradik yang lain.

Hanya 13% individu beranggapan mereka kurang melucukan dari adik-beradik yang lain, manakala 10% tidak tahu siapa antara adik-beradik mereka yang lebih melucukan.

YouGov

Berdasarkan carta kajian yang dijalankan pada 12-13 Januari 2015 pula, menunjukkan bahawa 47% adik yang lebih muda beranggapan mereka lebih melucukan. Selain itu, mereka juga merasakan merekalah yang lebih disukai oleh ibu bapa, lebih mudah bergaul dan lebih tenang.

YouGov

Manakala kakak dan abang yang lebih tua pula mempercayai bahawa mereka lebih bertanggungjawab, lebih berjaya, lebih teratur, mampu menguruskan hidup sendiri, lebih berkeyakinan dan lebih berorientasikan keluarga.

Pada pendapat anda, siapakah di antara adik-beradik anda yang lebih melucukan? Anda sendiri atau adik-beradik yang lain?

Sumber: HAPPIEST, YouGov

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular