Pasti ramai yang pernah berhadapan dengan situasi di mana seseorang cuba untuk memikat dengan cara dan situasi yang kekok. Kebiasaannya, perbuatan ‘mengorat’ ini dimulakan oleh kaum lelaki dahulu.

Mengorat ketika melihat perempuan cantik di perhentian bas, di bazar Ramadhan atau di mana-mana sahaja, adakalanya strategi ini akan menjadi dan adakalanya tidak. Mungkin perlu berusaha lagi dengan kaedah mengorat yang lebih sesuai dan tidak terlalu menonjol.

Inilah yang berlaku kepada seorang penumpang penerbangan AirAsia yang telah meminta bantuan seorang pramugari untuk menyerahkan surat cinta kepada seorang penumpang wanita yang diminatinya.

Twitter

Malangnya, surat tersebut telah sampai ke tangan suami wanita berkenaan yang turut berada dalam penerbangan tersebut. Si suami kemudian bertindak memuat naik gambar surat tersebut ke laman Twitter untuk mengongsikan pengalaman melucukan itu.

Dalam kejadian tersebut, pramugari berkenaan telah menjadi orang tengah untuk menyampaikan surat cinta beserta sedikit coklat kepada wanita tersebut.

Twitter

“Isteri saya duduk di tempat duduk hadapan. Salah seorang penumpang kemudian cuba untuk memikat isteri saya dan meminta pramugari untuk menyampaikan sekeping surat cinta dan coklat kepadanya.”

Si suami ini turut menceritakan mengenai isi surat berkenaan yang disifatkan kelakar dan menyedihkan pada masa yang sama.

Twitter

“Aku baca isi kandungan ayat dia. Mula-mula kelakar. Hujung-hujung sadis. Nampak dia macam sedang dalam fasa tekanan kecewa gagal bercinta banyak kali. Too bad kali ini kau gagal lagi. Wife aku sayang aku. Hahaha jangan patah usaha. Cuba lain okay?”

Berikut adalah isi kandungan surat layang yang diterima oleh wanita berkenaan.

“Hai 28F. Saya tak biasa buat macam ini, tapi masa boarding tadi saya dah perasan awak dan saya tak nak nampak obvious sangat. Kalau nak kenal, saya Hafeez 013-xxxxxx.”

Twitter

Penularan kejadian ini membuatkan netizen terhibur dan memberikan pelbagai reaksi melucukan.

“Saya selalu menaiki AirAsia tetapi kenapa saya tidak pernah menerima kejutan seperti ini?” komen salah seorang netizen.

Bukan sahaja netizen, pihak Air Asia turut memberikan respon mengenai kejadian ini…

Twitter

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL Ria

Video Popular