Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang lelaki berusia 27 tahun ditangkap kerana mendakwa dirinya merupakan pegawai dari Ibu Pejabat KFC yang ditugaskan untuk melakukan pemeriksaan kualiti terhadap cawangan restoran KFC yang dilawatinya.

Lelaki Afrika Selatan itu mendakwa bahawa pemeriksaan kualiti perlu dilakukan untuk memastikan ayam goreng yang dihasilkan di setiap cawangan restoran menepati tetapan yang sepatutnya.

PA

Menurut India Today, pelajar dari Universiti KwaZulu-Natal itu lazimnya datang ke restoran dengan penuh keyakinan dan memberitahu kakitangan restoran bahawa dia ditugaskan untuk melakukan pemeriksaan jaminan kualiti makanan yang disajikan di restoran.

Disamping itu, lelaki itu juga dilaporkan membawa kad ID dari ‘ibu pejabat’ dan berpakaian kemas lengkap dengan menaiki kereta mewah limosin.

Pemandu kereta itu pula didakwa merupakan rakan lelaki berkenaan dan mereka sama-sama bersubahat untuk melaksanakan penipuan itu, lapor Xpouzar.

PA

Seorang kakitangan dari KFC memberitahu Xpouzar: “Apabila lelaki itu tiba, kami semua akan berusaha untuk berkelakuan sebaik mungkin kerana tidak mahu membuat lelaki dari ibu pejabat itu marah – dia begitu meyakinkan, dan juga rakan sekerja dari cawangan KFC yang lain turut mengenali beliau.

“Apabila dia masuk, dia bergegas ke dapur dan memeriksa segala-galanya, mengambil nota dan kemudian meminta sampel yang dimahukan. Mungkin dia bekerja untuk KFC sebelum ini kerana dia tahu segala-galanya.”

Kisah ini telah dikongsi di Twitter oleh seorang wartawan Kenya yang membuat kiriman dari akaun bernama The African Voice.

Kiriman itu kini mempunyai 59,142 sukaan dan 26,123 retweet dengan pengguna internet yang mengatakan bahawa lelaki itu sesemangnya seorang lagenda.

Sumber: Ladbible

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular