Tiada yang boleh menandingi kecomelan sebuah keluarga besar itik yang berenang dengan gembira dalam satu baris di belakang ibu mereka.

Happiest.net

Walaupun permukaan air kelihatan tenang, namun kita semua tahu bagaimana kelam-kabutnya kaki-kaki kecil ini mendayung di dalam air. Lazimnya, seekor ibu itik akan ditemani oleh lima ke sepuluh anak itik. Walau bagaimanapun, seekor ibu itik yang hebat ini ternyata telah mencairkan hati orang ramai setelah dirakam berenang bersama 76 ekor anak itik di belakangnya!

Happiest.net

Brent Cizek adalah seorang jurugambar hidupan liar yang mempunyai minat yang mendalam terhadap hidupan liar. Pada musim sejuk yang lalu, Cizek membeli sebuah bot kecil dengan harapan mahu merakam gambar haiwan dalam persekitaran semula jadi, dan ternyata, Cizek berjaya mencapai matlamatnya.

Walau bagaimanapun, ketika musim panas, Cizek menuju ke tasik-tasik yang lebih besar di Minnesota. Keadaan air di Tasik Bemidji agak tidak baik, tetapi hal ini tidak menghalangnya.

“Ini bukan idea yang hebat kerana pada hari itu cuaca agak berangin dan ombak mengumbang-ambingkan bot saya,” kata Cizek.

Happiest.net

“Saya memutuskan untuk meneruskan misi, dengan mengetahui bahawa tidak mungkin saya akan menyaksikan apa-apa, paling tidakpun hanya dapat mengambil gambar dengan air yang bergelora sahaja.”

Tetapi, harapannya kembali berbunga apabila dia melihat itik dari spesies Common Merganser lengkap dengan seekor ibu dengan anak-anak di belakangnya.

“Semakin saya mendekatinya, semakin berdebar hati saya kerana saya tidak pernah menyaksikan sesuatu seperti ini sebelum ini,” katanya.

“Saya tahu bahawa ini akan menjadi peluang foto sekali dalam seumur hidup, jadi saya segera cuba menangkap gambar sebanyak mungkin yang saya dapat, dengan harapan agar semoga salah satu gambar akan berjaya.”

Kredit: Happiest.net

“Saya dapat mengira 76 bayi dengannya,” katanya. “Jadi itik itu telah mengambil lebih banyak bayi di sepanjang jalan. Memang luar biasa. Hari itu akan menjadi hari yang menyedihkan apabila mereka meneruskan perpindahan mereka. “

Para saintis menyedari bahawa perkara ini biasa terjadi pada itik Merganser, tetapi tidak semua itik yang mengikuti ibu itik itu ada kaitan dengan si ibu itik. Apa dilakukan oleh mereka adalah lebih seperti sistem penjagaan anak. Tetapi, seperti yang kita ketahui, untuk menjaga anak-anak adalah satu tanggungjawab yang besar walaupun hanya satu atau dua orang – apatah lagi sebanyak ini!

Kredit: Common Mersangers/YouTube

Sumber: Happiest.net

Maybe you're interested :

Share

Video Popular