Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia kerana kita bukan sahaja akan mempertingkatkan amalan ibadah tetapi juga mengurangkan dosa-dosa kecil seperti berhibur terlalu banyak, mengumpat dan sebagainya.

Seperti yang kita sedia maklum, meskipun hidup dalam kalangan masyarakat pelbagai agama dan bangsa, setiap individu saling menghormati kepercayaan dan amalan agama masing-masing.

Justeru, tidak hairanlah di bulan puasa ini kita melihat rakan-rakan yang bukan beragama Islam akan menunjukkan perasaan hormat terhadap umat Islam dengan tidak makan di hadapan mereka serta berbuka puasa bersama-sama.

Baru-baru ini, tular satu video rakaman secara langsung di laman Instagram apabila pengguna akaun berkenaan dan beberapa orang rakan sedang membuat video tentang cara-cara menyediakan pancake.

Video tular ini menunjukkan wanita bukan Muslim ini bersama dua lagi rakannya sedang berbincang mengenai resipi pancake berkenaan sebelum salah seorang dari mereka tiba-tiba menyedari bahawa waktu itu adalah bulan puasa bagi umat Islam.

Ketiga-tiga mereka kemudiannya menjadi panik dan terus mematikan rakaman kerana bimbang video tersebut akan mengakibatkan kesan negatif berupa penghinaan atau tidak menghormati masyarakat beragama Islam…

“Kami memutuskan untuk membuat pancake semasa bulan puasa dalam siaran langsung di IG, kami memohon maaf.”

Namun demikian, perkongsian video tersebut tidak mendatangkan impak negatif tetapi majoriti netizen mula memberikan komen-komen positif dan menyifatkan video tersebut sebagai satu jenaka yang menghiburkan!

“Haha kamu semua sangat comel. Tidak mengapa jika mahu buat siaran langsung di IG. Ia bukan satu masalah. Yang lemah sahaja tidak tahan tengok orang buat pancake,” komen seorang netizen.

Seorang lagi netizen berkata, “Hahaha comelnya. Teringat semasa di Tingkatan 6, rakan sekelas saya yang berbangsa Cina makan sorok-sorok kerana pelajar Islam sedang berpuasa. Saya beritahu mereka tidak mengapa untuk makan di hadapan saya.”

Lebih melucukan lagi, ada juga netizen yang meminta ketiga-tiga wanita ini untuk mengongsikan resipi pancake mereka itu.

Sungguh menghiburkan! Ini adalah bukti yang menunjukkan sikap toleransi dan semangat perpaduan kaum antara rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

Selamat Menyambut Ramadhan!

Lihat gelagat mereka bertiga pada rakaman di bawah:

Sumber: World of Buzz@kayriuh|Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular