Rocky ialah sebuah filem drama sukan Amerika Syarikat tahun 1976 yang diarahkan oleh John G. Avildsen dan ditulis serta dibintangi oleh Sylvester Stallone sebagai Rocky Balboa.

Filem ini juga dibintangi oleh Talia Shire sebagai Adrian, Burt Young sebagai Paulie, Burgess Meredith sebagai Mickey Goldmill dan Carl Weathers sebagai Apollo Creed.

Filem klasik ini ada memaparkan sepasang kura-kura apabila Rocky membeli haiwan tersebut sambil memikat Adrian di kedai haiwan peliharaan di mana Adrian bekerja.

Sungguh mengejutkan, pasangan kura-kura tersebut, yang diberi nama Cuff dan Link masih hidup dan sihat. Orang tertanya-tanya sama ada mereka mungkin hidup lebih lama daripada Sylvester Stallone sendiri.

Tahun lepas, Sylvester Stallone telah memuat naik gambar swafoto dengan Cuff dan Link yang muncul dalam filem Rocky yang pertama

officialslystallone|Instagram

Gambar swafoto tersebut diambil pada set penggambaran Creed II dan dimuat naik di Instagram milik Stallone dengan kapsyen – “Bersama kawan-kawan dari Rocky pertama … Cuff dan Link, sekarang kira-kira 44 tahun!”

Peminat filem Rocky mungkin masih ingat pasangan kura-kura itu dari filem Rocky yang pertama yang diterbitkan pada tahun 1976. Creed II merupakan filem kelima yang menampilkan pasangan kura-kura tersebut. Pasangan kura-kura tersebut juga membuat penampilan mereka di dalam filem Rocky II, Rocky Balboa, dan Creed.

Dalam filem pertama, Rocky membeli Cuff dan Link di kedai haiwan peliharaan di mana Adrian bekerja

Marie Ruggirello

Ada yang mungkin mengingati satu babak lucu di mana Rocky menyatakan hasratnya bahawa jika Cuff dan Link boleh menyanyi dan menari, dia tidak perlu bertinju untuk menyara kehidupannya.

Selepas penggambaran, pasangan kura-kura itu dikembalikan kepada pemilik kedai haiwan peliharaan ‘sebenar’ yang mereka beli. Rupa-rupanya, pemilik pasangan kura-kura tersebut, Joseph Marks telah memelihara dan menjaga pasangan kura-kura itu selama ini.

Kedua-dua ekor kura-kura itu sebenarnya betina dan ketika penggambaran filem Rocky, kedua-duanya 5 tahun

Marie Ruggirello

Joseph Marks pernah bertemu Sylvester Stallone ketika bintang filem itu sedang mengintai lokasi filem Rocky Balboa. “Saya berfikir pada diri sendiri, adakah saya harus pergi dan menyapanya? Saya mengetuk menyapanya dan bertanya adakah dia masih mengingati saya. Dia kata ya. Dua minggu kemudian, saya mendapat panggilan daripadanya, ” kata Joseph Marks kepada media.

Apabila pengarah filem mengetahui bahawa pasangan kura-kura itu masih hidup dan sihat, mereka memutuskan untuk memaparkannya dalam filem itu. Rupa-rupanya, Stallone dan Marks terus berhubung kerana kedua-dua ekor kura-kura itu telah muncul dalam semua filem susulan Rocky.

UnusualExistance

Menurut seorang pakar ekologi pada Reddit, kura-kura itu adalah spesies red-eared sliders (Trachemys scripta elegans) dan biasanya dapat hidup sehingga sekitar 50 tahun jika dijaga dengan baik.

Tonton video cameo yang pertama Cuff dan Link di bawah:

Marie Ruggirello/Youtube

Sumber: boredpandaMarie Ruggirello/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular