GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga Indonesia yang didapati menceroboh kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan bersembunyi pada ruangan tayar sebuah pesawat kargo, telah ditahan oleh pihak polis.

BERNAMA

Menurut sumber, kejadian tersebut disedari oleh seorang juruteknik yang sedang menyelenggara kapal terbang kargo terbabit lebih kurang pada jam 10 pagi hari ini.

Sumber berkata kejadian itu disedari seorang juruteknik yang sedang membuat penyelenggaraan kapal terbang kargo berkenaan kira-kira pukul 10.00 pagi.

BERNAMA

“Juruteknik ternampak lelaki berusia 39 tahun itu keluar daripada tempat persembunyian iaitu pada tayar pesawat sebelum memaklumkan perkara itu kepada pasukan kawalan keselamatan untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Difahamkan bahawa lelaki warga Indonesia yang bekerja di tempat memproses ayam di negeri berkenaan sejak 9 bulan yang lalu telah berjaya ditahan oleh pasukan kawalan keselamatan sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Lelaki berkenaan difahamkan bertindak sedemikian kerana mahu pulang ke kampungnya di Medan namun tidak mempunyai wang yang cukup ekoran gajinya tidak dibayar oleh majikan sejak 2 bulan lepas.

MyMetro

Sumber mengatakan bahawa lelaki terbabit berjaya masuk ke dalam kawasan selepas menceroboh masuk melalui pagar yang berlubang berhampiran tanah perkuburan di Permatang Damar Laut kemudian berjalan menuju ke pesawat yang diparkir pada tengah malam.

Selepas itu, dia dikatakan bersembunyi pada bahagian tayar pesawat kargo sejak awal pagi, sebelum keluar selepas terdengar suara juruteknik berkenaan.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Jafri Md Zain mengesahkan kejadian itu dan siasatan berkaitannya masih lagi dijalankan.

Katanya suspek akan direman untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959. Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda sebanyak RM1,000 atau kedua-duanya.

Sumber: BERNAMAMyMetro

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular