Lagu kanak-kanak berjudul ‘Baby Shark’ bukan lagi sesuatu yang asing hari ini. Fenomena lagu ini bukan hanya memberi kesan di Malaysia malah di seluruh dunia.

Kanak-kanak khususnya memang suka dengan lagu yang berentak rancak ini. Dengan tariannya yang mudah membuatkan lagu ini menjadi kegilaan ramai.

Bukan hanya di internet atau di kaca televisyen malah terdapat juga alat mainan kanak-kanak yang dilengkapi dengan lagu ini yang membolehkan si kecil  mendengar lagu kegemaran mereka pada bila-bila masa sahaja.

Seperti kanak-kanak lain, budak perempuan ini juga suka dengan lagu tersebut malah dia juga mempunyai peranti yang boleh memainkan lagu tersebut.

Peranti keluaran Amazon yang dikenali sebagai Amazon Alexa atau Alexa sememangnya terkenal dengan fungsinya. Oleh itu, kanak-kanak ini juga mahu menggunakan Alexa dan menyuruhnya untuk memainkan lagu ‘Baby Shark’.

Namun, lain pula yang berlaku sehingga membuatkan kanak-kanak ini hilang sabar.

Apa yang berlaku ialah Alexa terus mengulangi permintaan kanak-kanak itu dan memintanya untuk mengesahkannya, tetapi apabila budak perempuan ini mengesahkannya, Alexa masih tidak mahu memainkan lagu ‘baby shark’ seperti yang dia mahukan! Selepas beberapa percubaan kanak-kanak itu mula ‘letih’ lalu berkata, “baiklah, hentikannya Alexa!”

Lihat apa yang sebenarnya berlaku di bawah ini. Inilah yang berlaku sehingga membuatkan kanak-kanak ini hilang sabar. Kasihan betul…

HumanKindStories|Facebook

Sumber: INSPIRE MOREHumanKindStories|Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular