Seorang wanita yang juga merupakan seorang Ketua Jururawat dilaporkan hilang pada Rabu (8 Mei) lepas, dan ini meninggalkan tanda tanya kepada orang ramai terutamanya kepada keluarga.

BERNAMA

Wanita berkenaan, Siti Kharina Mohd Kamarudin yang bertugas di Hospital Serdang, saat terakhir dilihat di kawasan tempat letak kereta di hospital tersebut pada jam 4 petang hari yang sama dia dilaporkan hilang. Difahamkan bahawa dia memandu kereta jenis Honda City putih dengan nombor pendaftaran BEY 1361.

Dr. Rohana Johan selaku Pengarah Hospital Serdang, mengesahkan bahawa Siti Kharina didapati tidak hadir bertugas pada keesokan harinya.

“Sehingga kini, tiada maklumat berjaya diperolehi sama ada daripada orang awam mahupun pihak polis,” kata adiknya,  Khairani Kamaruddin.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Abdul Aziz Ali, mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kes itu dan pihaknya kini masih menjalankan siasatan dan inkuiri bagi kes itu.

“Pihak kami sudah menerima laporan itu (kehilangan Siti Kharina) tempoh hari dan kami menjalankan inkuiri bagi kes itu.

“Kes berkenaan diklasifikasi sebagai Orang Hilang dan siasatan masih dijalankan sehingga kini,” katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Orang ramai yang mempunyai maklumat dan info berkaitan dengan kehilangan Siti Kharina, diminta untuk menghubungi pihak polis ataupun adiknya, Kharani Kamaruddin di talian 012-2587764.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, BERNAMA, Khairani Kamarudin

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular