Pada Sabtu lalu, Berklee College of Music telah menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat kepada dua bintang muzik, Justin Timberlake dan Missy Elliott.

justintimberlake|Instagram

Pencapaian dan pengaruh mereka dalam muzik, serta impak global yang diberikan selama ini antara faktor mengapa mereka menerima anugerah tersebut, memetik kenyataan dari universiti berprestij itu.

missymisdemeanorelliott|Instagram

Selain Justin Timberlake dan Missy Elliott, komposer lagu Alex Lacamoire turut menerima anugerah yang sama.

“Kegagalan bukan satu kegagalan jika ia memacu anda ke arah kejayaan. Ia sebahagian daripada perjalanan hidup.

“Saya harap dapat bertemu dan bekerja dengan anda semua satu hari nanti,” kata Timberlake ketika berucap di hadapan graduan yang berjaya menamatkan pelajaran tahun ini.

“Anda perlu bersedia untuk menghadapi jatuh bangun kehidupan. Tetapi selagi kita masih hidup, tiada istilah terlambat,” kata Elliott.

Berklee College of Music telah menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat sejak tahun 1971 dan antara selebriti antarabangsa yang pernah menerima anugerah tersebut sebelum ini termasuklah Aretha Franklin, A.R. Rahman, Lionel Richie dan Julio Iglesias.

Sumber: Astro Awani

Maybe you're interested :

Share

Video Popular